Wednesday, October 21, 2015

FAM Nafi Kenyataan Tidak Masuk Akal TMJ

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menuduh FAM gagal untuk menangani gejala rasuah dalam bola sepak.

Terdahulu, Tengku Ismail mengeluarkan satu kenyataan kononnya FIFA perlu membuat siasatan terhadap badan induk tersebut kerana gagal menangani gejala rasuah walaupun Jawatankuasa Integriti FAM telah diwujudkan sejak 2010.

Membidas kenyataan itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata isu rasuah menjadi topik utama sehingga FAM mewujudkan Jawatankuasa Integriti FAM pada 2010 dan diikuti oleh semua persatuan negeri pada 2013.

"Jawatankuasa ini bertanggungjawab menapis, memeriksa pemain asing dan tempatan serta pegawai dalam Liga Malaysia (Liga-M) bagi menangani gejala tidak sihat seperti rasuah dan mengatur keputusan perlawanan,” katanya.

Tambah Hamidin, program penambahbaikan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran telah dijalankan. Ini termasuklah penambahbaikan dalam aspek pengurusan kewangan.

"Program 3 tahun ini sudah dijalankan di FAM sejak tahun lepas dan juruaudit FIFA turut melawat FAM beberapa kali untuk menganalisis sistem operasi dan pengurusan kewangan bagi melihat penambahbaikan yang perlu diperbaiki.

"Maklum balas diterima menunjukkan mereka puas hati dengan segala aspek yang dinilai," kata Hamidin. Jika terdapat sebarang ketidak adilan yang berlaku di dalam pengurusan FAM, pasti FIFA akan mengambil tindakan tanpa perlu disuruh.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment