Wednesday, October 21, 2015
Tony Pua Diganggu Samseng Amatur Didalam Twitter
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menafikan
dakwaan mengenai satu tweet 'rasis' atas namanya yang tersebar di
WhatsApp dengan mengatakan ia satu fitnah yang dilakukan oleh sekumpulan
samseng amatur.
Pua berkata, tweet tersebut merupakan tweet palsu dan dipercayai
dilakukan oleh sekumpulan samseng amatur yang mahu memburukkan imejnya
bagi dan mahu membakar sentimen perkauman.
Jelas Pua, tweet terbabit jelas palsu dan dilakukan oleh samseng amatur
apabila pembuat tweet terbabit salah mengeja perkataan 'threaten' kerana
perkataan tersebut seharusnya dieja 'threatenaed.
Selain itu, imej 'time stamps' juga tidak diletakkan oleh pembuat tweet terbabit.
Tambah Pua, tweet terbabit memang jelas palsu kerana beliau tidak pernah
sama sekali menggunakan perkataan 'pariah' yang akan menaikkan amarah
kaum India untuk menggambarkan sesiapa pun.
"Saya tahu siapa mereka dan menyebarkan diatas untuk memfitnah saya.
"Imej satu tweet rasis palsu yang kononnya dibuat oleh saya yang beredar
secara meluas melalui WhatsApp adalah kerja amatur samseng," kata Naib
Presiden PKR itu.
Pua berkata, walaupun beliau difitnah sebagai seorang yang mencetuskan
sentiman perkauman ini, perkara tersebut tidak menghalang dirinya untuk
menjalankan tugas kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Bagaimanapun, ia tidak akan dalam apa jua cara pun menghalang saya
daripada menjalankan tugas saya untuk berkhidmat kepada pengundi saya
dan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan
tanpa rasa takut atau pilih kasih,"katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment