Monday, October 19, 2015

Hari Pertama Sidang Dewan Rakyat Dah Hangat… 2 MP DAP Di Usir… MP Parti Mat Sabu Tunjuk Jaguh

Seperti yang diduga sidang Parlimen yang bermula Isnin terus panas dengan pelbagai aksi Ahli Parlimen pembangkang.

Sidang juga menyaksikan Ahli Parlimen parti Mat Sabu yakni Amanah nak tunjuk gajuh berbanding dengan Ahli Parlimen PAS.

Mereka terus masuk gear untuk ganggu perjalanan sidang sewaktu sesi soal jawab di permulaan sidang.

Keadaan bertambah hangat semasa pembentangan usul lantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih dan lantikan Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru.

Antara aksi mereka buat-buat tak faham peraturan sidang hingga cetus pertengkaran dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ia bermula pada waktu soal jawab bilamana Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Chua Tee Yong bangun menjawab soalan mengenai GST .

Ahli Parlimen DAP Seremban,Anthony Loke yang hendak tanya soalan tambahan sudah korner tanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang ketika itu berada dalam dewan tidak menjawab sendiri soalan berkenaan.

Setelah beliau membebel panjang mengenai hal itu Pandikar menjelaskan sepatutnya Ahli Parlimen itu tahu peraturan mesyuarat tidak semestinya sesuatu soalan masa sesi soal jawab dijawab oleh Menteri.

Speaker kemudian arah Anthony Loke duduk dan tawar Ahli Parlimen lain tanya soalan tambahan.

Kemudiannya keadaan makin hangat semasa perbahasan selepas Perdana Menteri membentang ususl lantikan ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen hingga dua Ahli Parlimen DAP diarah keluar Dewan.

Ini berlaku bila Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng Lip Eng sengaja bangun menggunakan peraturan mesyuarat 18 (1) yang mahu dewan menerima usul yang dibawa Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teressa Kok berkaitan kehilangan murid Orang Asli di Pos Tohoi, baru-baru ini.

Pandikar Amin menegur Lip Eng kerana membangkitkan usul di bawah peraturan itu yang sepatutnya dibawa selepas aturan mesyuarat atau selesai sesi pertanyaan lisan.

Ahli Parlimen DAP itu tetap berkeras dan enggan duduk serta menerima penjelasan Speaker sehingga berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Pandikar Amin.

Setelah berkali-kali enggan mematuhi arahan supaya duduk,Speaker mengarahkan Bentara mengiringi Lip Eng keluar Dewan.

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puashati Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo apabila bangun dan mempersoalkan perkara sama serta tindakan Pandikar Amin usir Ahli Parlimen Segambut.

Kerana terus berdegil serta mempersoalkan intregriti Speaker,beliau juga kemudian diarah keluar dewan.

Kehangatan berterusan selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga urusan Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul lantikan Pengerusi dan ahli PAC.

Waktu ini kalangan Ahli Parlimen Amanah khususnya wakil Sepang, Hanipa Maidin hangatkan suasana bila antara lain mempersoalkan mengapa mesyuarat PAC mengenai IMDB perlu dihentikan baru-baru ini ekoran rombakan kabinet yang menyaksi Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad dilantik Timbalan Menteri.

Beliau mendakwa mesyuarat itu boleh diteruskan kerana adanya Timbalan Pengerusi MP Kepong Tan Seng Giaw boleh kendali mesyuarat serta ahli lain mencukupi.

Turut serta dalam perbahasan itu MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli.

Speaker telah menjelaskan situasi sebenar mengapa mesyuarat PAC tidak boleh diadakan namun terus dipertikai oleh Hanipa.

Ahli Parlimen PAS lain senyap saja kecuali Datuk Takiyuddin Hassan bangun seketika mencelah perbahasan Hanipa.

Ada pemerhati situasi ini lebih kepada perang saraf untuk mengambarkan Ahli Parlimen parti Amanah ‘ lebih aktif dan hebat ’ dari PAS.

Suasana perbahasan terus panas sehingga dihentikan kerana waktu makan tengahari. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment