Monday, October 19, 2015

Pembangkang Sabotaj Jika Usul Tidak Percaya Najib Gagal... Dengan Cara Itu Saja Nak Jatuhkan... Bangangnya PR Ni

KUALA LUMPUR : Pakatan pembangkang dikatakan ingin melakukan sabotaj terhadap setiap usul yang akan dikemukan kerajaan dengan beranggapan usul mereka bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan dibentangkan.

Gesaan ini disebut Ahli Parlimen DAP Steven Sim (Bukit Mertajam) supaya usul yang bakal dikemukan oleh PKR itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat penggal ini.

“Jika kerajaan tidak benarkan usul Petaling Jaya Selatan (Hee Loy San - PKR) naik, saya menggesa semua ahli Parlimen kedua-dua belah untuk menolak setiap usul kerajaan untuk menunjukkan kita tidak percaya kepada pentadbiran Najib,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman menegaskan sidang Dewan Rakyat akan mengutamakan usul kerajaan berbanding usul persendirian.

Mengikut aturan mesyuarat Parlimen, usul Loy San tersenarai pada kedudukan ke-25 bagi sidang hari ini.

Berdasarkan jadual persidangan, usul no1 dan 2 adalah usul kerajaan, No 3 hingga 6 Rang Undang-Undang  Kerajaan (bacaan kali ke 2) manakala no 7 hingga 28 adalah usul persendirian.

Disamping itu, lima Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada persidangan kali ini.

Ambil kira tindakan DAP ini, jelas pembangkang lebih mengutamakan agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri bukan mengutamakan urusan Dewan Rakyat yang lebih penting kepada Negara.

Peraturan Mesyuarat 15 (1) menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

Pembangkang patut bersabar menunggu giliran bukan bermain kotor dengan meminta semua ahli parlimen menolah usul kerajaan supaya usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dapat disegerakan.

Namun, dikalangan pembangkang sendiri, difahamkan ada antara mereka berbelah bahagi mengenai usul oleh ahli parlimen PKR itu.

PKR sendiri dikatakan berpecah dua berhubung usul itu dengan ada puak menolak dan menerima manakala PAS pula berdasarkan kenyaataan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ‘tunggu dan lihat’ kewajaran usul itu.

Manakala parti Amanah pula tentu akan mengikut telunjuk DAP untuk sama-sama menyokong usul itu.

Sehingga usul itu ‘naik;, pembangkang khususnya dalam Pakatan Harapan dijangka terus bermain ‘kotor’ dengan kemungkinan sengaja membuat kecoh sepanjang persidangan menuntut usul itu disegerakan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment