Wednesday, October 21, 2015
Hasan Arifin Perlu Mulakan Proses Pecat Tony Pua
Ramai orang hairan kenapa perlu wujud
perdebatan siapa ada kuasa untuk memecat anggota Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) atau tidak? Ini berikutan kedudukan Ahli Parlimen
DAP, Tony Pua dalam PAC yang diragui berikutan kebocoran beberapa
maklumat dalaman jawatankuasa tersebut kepada pihak luar, terutama media
asing seperti WSJ.
Perdebatan seumpama ini sebenarnya tidak
perlu kerana Pengerusi PAC yang baru, Datuk Hasan Arifin sendiri pun
boleh memulakan proses untuk menyingkirkan Tony dari jawatankuasa
tersebut – apa punlah prosesnya itu.
Nak Parlimen pecat ke, Speaker pecat ke
atau Hasan sendiri pecat ke, tak kisahlah tu, yang penting muka Tony Pua
ini tak nak lagi nampak dalam PAC.
Inilah masanya untuk Hasan menunjukkan
taring sebagai Pengerusi PAC yang baru.
Jangan buang masa bersoal jawab
dengan veteran DAP macam Lim Kit Siang yang sudah tentu akan buat
kenyataan-kenyataan menyebelahi Tony Pua.
Lagipun Kit Siang sengaja cari peluang
untuk lengahkan perkara ini (pemecatan Tony Pua dari PAC) kerana dengan
itu nanti dapat jadikan alasan kononnya kerajaan sengaja
melewat-lewatkan prosiding PAC ke atas 1MDB yang tertangguh berikutan
perlantikan beberapa orang bekas ahli jawatankuasa tersebut ke dalam
kabinet.
Yang Hasan pun satu, selaku Ahli
Parlimen yang baru dipilih, tak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak
Kit Siang atau membuang masa berbalas-balas kenyataan dengan dia
(seperti hari ini) kerana memang itulah yang dia nak sangat pun.
Apa yang penting, prosiding berkaitan
dengan 1MDB ini perlu diselesaikan segera supaya rakyat tidak ada alasan
lagi untuk membenci kerajaan. Apatah lagi laporan awal Jabatan Audit
menunjukkan tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan 1MDB dan perkara
ini perlu dimuktamadkan secepat mungkin.
Cabaran lebih besar menanti kerajaan di
depan dan benda-benda mudah seperti memecat Tony dari PAC ini tidak
perlu dijadikan alasan kenapa prosiding berkaitan 1MDB ini perlu
dilengahkan. Lagi lama perkara ini di heret entah kemana, lagi buruk
imej yang kerajaan akan dapat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment