b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.
Wednesday, October 21, 2015
Jangan Percaya Sarawak Report (SR). Jangan Percaya Tun M Dan Jangan Percaya Tony Pua
Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang
tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana
kehabisan modal. Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara
berikut;
a. Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya. Justeru perlaksanaannya mesti disabotaj.
b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.
b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.
1. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low
adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini
satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan
hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri
tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai
penasihat TIA. Jho Low telah MELETAK JAWATAN sebagai penasihat TIA pada
bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan
bertukar nama kepada 1MDB. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti
pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah
mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.
2. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low.
Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran
syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan
PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR, melaporkan
penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star
adalah anak syarikatnya.
3. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini
lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya
wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York,
membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun
Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan
ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi
AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah
keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB;
pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.
4. Tun M banyak menggunakan sumber palsu ini. Sebenarnya kredibiliti Tun M tercalar kerana dua perkara berikut;
a. Tun M banyak menggunakan sumber palsu daripada Sarawak Report dan Tony Pua DAP. Mereka bersekongkol.
b. Menurut Tunku Abdul Aziz bekas Presiden Intergriti Malaysia,
Tindakan Tun M itu boleh menyebabkan kerajaan BN akan tumbang (marahkan
nyamuk kelambu dibakar).
Tun M mencacatkan imej Negarawannya kerana
keadaan lebih teruk berlaku di zaman beliau seperti bail out PERWAJA
sebanyak RM 20 Bilion dan kerugian FOREX sebanyak RM 33 Bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment