Monday, October 19, 2015
Husam Musa Ditegur Oleh Veteran PAS "Jangan Isytihar Keburukan Isteri Sesudah Berpisah"
Nampaknya tempias politik PAS Kelantan kini tempias ke Terengganu.
Kelantangan Datuk Husam Musa mengkritik kerajaan PAS kepimpinan sekarang mendapat perhatian pemimpin veteran PAS Terengganu.
Tindakan Husam yang menyerang kerajaan PAS pimpinan Datuk Ahmad Yaakob
dianggap tidak wajar. Malah mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu,
Datuk Wan Abdul Muatalib Embong mempersoalkan beberapa perkara terhadap
Husam.
Soalan beliau:
1. Kenapa mesti Husam tinggalkan Kelantan?
2. Bila penebangan hutan berlaku yang mengakibatkan banjir berlaku itu? Dan kenapa baru sekarang Husam berkukuk?
3.Berkaitan penebangan hutan, kenapa teguran tidak diberikan? Husam
semasa berkuasa, alangkah sejahteranya Kelantan jika berbuat demikian
4. Kenapa Husam tidak letak jawatan ketika mana nasihat tidak di dengar ketika itu?
Nasihat Wan Mutalib kepada Husam ialah, "jangan isytihar keburukan
isteri sesudah berpisah. Kerana selaku suami isteri, pernah nikmati
hidup bersama dan makan juadah masakan dia'.
Juga Husam jangan bakar perahu yang menyelamatkan kita ke daratan!
Baca surat berkenaan seperti berikut:
Surat Terbuka Kepada YB Dato’ Husam Musa
(Tidak bertarikh)
Kepada YB Dato’ Husam Musa,
Saya rasa amat dukacita bila terbaca surat terbuka YB Dato’ dan rasa
sangat terpanggil untuk membantu memberi pencerahan kepada rakyat yang
tidak mengenali kuasa pemerintahan apatah lagi mengenali YB Dato’ dengan
lebih dekat.
Saya mulai kenal YB Dato’ tahun 1995 semasa Encik Husam (sebelum
bergelar YB) mengiringi YAB MB Kelantan ketika itu al-Marhum Dato’ Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat melawat Tehran, Iran.
Saya rasa kagum berbicara dengan Encik Husam ketika itu dan meletakkan
harapan YB Dato’ Husam akan satu hari diberi amanah menjadi orang yg
berkuasa d Kelantan khususnya dan akan di nobatkan sebagai pemimpin
penting dalam PAS.
Saya amat dukacita bila terbaca surat terbuka YB Dato’.
Sila beritahu rakyat Kelantan khususnya dan ahli-ahli PAS amnya, berapa
lama YB Dato’ terlibat dengan pemerintahan Kerajaan Kelantan,
jawatan-jawatan yg YB Dato’ pernah di amanahkan.
Kesusahan dan penderitaan kewangan yang YB Dato’ terpaksa tertanggung kerana berjuang dalam PAS.
Bila YB Dato’ tinggalkan Kerajaan PAS Kelantan dan mengapakah Dato’ tinggalkan?
Bila pula penebangan hutan berlaku yang mengakibatkan banjir berlaku itu? Dan kenapa baru sekarang (YB Dato’) berkukuk?
YB Dato’ adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang amat d hormati fikiran dan nasihat dalam Kerajaan.
Kalau teguran (YB Dato’) diatas (yang tersebut) diberi semasa berkuasa, alangkah sejahteranya Kelantan.
(Tetapi) Kenapa tidak letak jawatan ketika mana nasihat YB Dato’ tidak di dengar ketika itu?
Tidak perlu (YB Dato’) istihar keburukan isteri sesudah berpisah.
(Kerana) kita (selaku suami isteri) pernah nikmati hidup bersama dan
makan juadah masakan dia (isteri kita).
Masih ada masa (untuk) balik (kembali) berbakti dan jangan bakar perahu yang menyelamatkan kita ke daratan!
Salam perjuangan!
Dari saya,
Dato’ Wan Abdul Muatalib Embong
Mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment