Monday, October 19, 2015
Nizar Dan Mujahid Enggan Lepaskan Kerusi Dakwa Menang Bukan Hanya Kerana Mereka Wakili PAS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf
bertegas tidak akan tunduk kepada desakan PAS Perak.
Mereka berpendirian untuk tidak mengosongkan kerusi dimenangi pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, berikutan mendakwa ia dimenangi
atas nama pakatan pembangkang.
Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata,
kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering pada
PRU-13 itu bukan semata-mata disebabkan atas nama PAS, tetapi kerana
pengundi mahu kemenangan parti itu bersama pakatan pembangkang.
“Saya tidak mengkhianati bai’ah yang dibuat bersama PAS, sebaliknya
parti itu yang mengkhianati Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang patut letak
jawatan bukan saya, tetapi wakil rakyat PAS kerana mereka mengkhianati
pakatan yang dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya ketika
dihubungi, di sini, kelmarin.
Datuk Dr Mujahid Yusuf
Kelmarin, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak sebulat suara mendesak
Mohammad Nizar dan Mujahid segera meletak jawatan sebagai ADUN dan Ahli
Parlimen kawasan masing-masing berikutan tindakan mereka melanggar
bai’ah dibuat sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata, perbuatan kedua-dua
wakil rakyat itu menyertai dan memegang jawatan dalam Parti Amanah
Negara (AMANAH) jelas melanggar perjanjian mereka sebelum PRU-13.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment