Monday, October 19, 2015
Inilah Perangai PR Jika Tidak Menyokongnya..... PAS Bagaikan Tidak Diiktiraf Pembangkang Umpama "Janda Dalam Edah"
Tindakan meminggirkan Pas dari menyertai sekretariat pembangkang Kedah
jelas menunjukkan bahawa parti itu sudah tidak diiktiraf sebagai rakan
baik mereka.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
status Pas kini seolah-olah menjadi ‘janda dalam idah’ yang diceraikan
suami.
“Saya melihat Pas Kedah kini menjadi mangsa kepada pergolakan dalaman
akibat penentangan hebat kelompok pro-DAP dan pro-Abdul Hadi (Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).
“Pas yang dahulunya menjadi sekutu kuat dan sanggup berkorban segalanya
untuk membantu PKR dan DAP dalam pilihan raya akhirnya dibalas dengan
penganiayaan politik yang tidak bermaruah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Pas harus belajar melupakan rakan pakatan dan berdiri
sendiri sebagai parti yang bermaruah jika benar memperjuangkan Islam dan
rakyat.
“Ini sebenarnya iktibar kepada Pas yang patut menjadi teladan kepada
pemimpin dan pejuang parti yang dahulunya sangat ghairah untuk membina
masa depan bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan BN.
“Apabila niat sudah tidak baik, akhirnya padah buruk menimpa mereka
hingga merosakkan masa depan parti Islam itu sendiri,” katanya.
Penganalisis politik itu berpandangan, Pas tidak perlu berasa kecewa
apabila tidak diajak bersama dalam pembentukan sekretariat pembangkang
Kedah baru-baru ini.
“Secara ilmiah berasaskan pengamatan politik semasa, saya mencadangkan
supaya buat masa ini Pas melupakan mana-mana pakatan bersama PKR kerana
mereka seolah-olah menggunakan DAP dan Pas bagi kepentingan diri sahaja.
“Pas akan diketepikan dari arus pembinaan dasar serta tidak mampu
membina kekuatan jika bersama PKR. Pas dan jentera parti juga akan terus
dipergunakan semaksimum mungkin dan menjadikan Pas bukan parti yang
mengetuai pakatan itu,” katanya.
Md Shukri berkata, ia adalah satu kesilapan besar buat PKR dan DAP dalam menilai Pas dan pola sokongan rakyat terutama di Kedah.
“Pada saya, pembentukan sekretariat pembangkang Kedah tanpa penyertaan Pas ibarat pohon yang tidak berbuah,” katanya.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pembentukan sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas.
Menurut laporan itu, pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail
berkata, sebagai permulaan sekretariat terbabit dianggotai oleh PKR, DAP
dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ketiadaan wakil Pas Kedah dalam sekretariat itu adalah disebabkan wujud masalah komunikasi antara parti berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment