Wednesday, October 21, 2015
Isu Bantuan SAR : Guan Eng Seperti Sembunyi Kepala Dalam Kain
KUALA LUMPUR : Kerajaan Dap P.Pinang terutama Ketua
Menterinya, Lim Guan Eng seolah seperti menyembunyikan kepala di dalam
kain apabila terus berdiam diri dari memberi jawapan berhubung isu
bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Setelah hampir sebulan isu bantuan ini timbul kerajaan Dap Pulau
Pinang masih lagi gagal untuk menjawab persoalan sama ada ‘ya’ atau
‘tidak’ bantuan kepada SAR di negeri itu sudah ditarik balik..
Bagi Ketua Wanita UMNO negeri, Senator Norliza Abdul Rahim inilah
sikap kerajaan Dap Pulau Pinang yang sentiasa berkelakuan “lempar batu
sembunyi tangan”.
Menurut beliau hampir
sebulan berlalu kenapakah tidak ada jawapan berhubung perkara berkenaan
sedangkan soalan terbabit bukanlah sesuatu yang cukup sukar dan cukup
payah untuk dijawab hingga mengambil masa yang cukup lama.
“Tindak tanduk Dap ini seperti menyembunyikan hakikat sebenar.
Perkara yang sama turut berlaku terhadap projek-projek kerajaan
persekutuan yang dikaitkan dengan BN di mana setiap permohonan dibiarkan
tergantung sedangkan projek-projek persekutuan tersebut adalah untuk
kepentingan dan kebajikan rakyat,“ katanya kepada pihak media di sini,
hari ini.
Sebelum ini Rafizal mencabar Guan Eng untuk membuat penafian terhadap
kenyataan media yang diedarkan oleh Pengetua Sekolah Rendah Islam
Al-Ansor (SRIA), Muhammad Fauzi Yusof.
Antara isi kandungan kenyataan media tersebut adalah surat makluman
pemberian bantuan kepada SRIA Balik Pulau, Pulau Pinang telah ditarik
balik pada hari yang sama ia diserahkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang (JAIPP) melalui pegawainya.
Namun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan tuduhan
tersebut dan menyifatkannya sebagai pembohongan serta fitnah yang giat
disebarkan mengenai pentadbirannya, bertujuan membakar sentimen
perkauman dan agama.
Tetapi selepas penafian itu Pas Pulau Pinang terus mengemukakan bukti
apabila Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah mendakwa
kerajaan Dap Pulau Pinang telah menghentikan bantuan kewangan tahunan
kepada dua sekolah agama iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) di
Balik Pulau dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang
Pauh.
Tindakan tersebut menurut Mohd Yusni telah menyebabkan lebih 500
murid dan 80 kakitangan kedua-dua sekolah terbabit berada dalam keadaan
terumbang ambing.
Mengulas lebih lanjut Norliza seterusnya menambah kerajaan negeri
perlu tampil dan bukannya berselindung atau pun mengambil sikap berdiam
diri untuk menjawab persoalan berkenaan kerana ianya membabitkan
integriti dan ketelusan kerajaan Dap Pulau Pinang.
Katanya orang ramai ingin tahu apakah benar atau pun tidak dakwaaan bahawa bantuan kepada SAR ditarik balik atau sebagainya.
“Itu sahaja yang ingin rakyat tahu. Dakwaan ini datangnya bukan
daripada pihak-pihak lain tetapi daripada bekas rakan sekutu mereka
sendiri”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment