Thursday, October 01, 2015

Isu DEIG, Dana Air : MB Selangor Jangan Ingat Kunci Mulut Boleh Lepas Lari

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang , YB Budiman Zohdi menegaskan rakyat Selangor tidak boleh membiarkan Menteri Besar, Azmin Ali terus mengunci mulut dari memberi penjelasan berhubung isu berkaitan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ke mana perginya wang rakyat sebanyak RM7.6 bilion dana penstrukturan air Selangor.
azmin-deig-bodoh
Jelasnya kedua-dua isu tersebut melibatkan wang serta asset rakyat di negeri ini yang berjumlah puluhan billion ringgit.

Soal beliau lagi adakah benar Kerajaan Selangor mengamalkan prinsip accountability dan transparency sepertimana pemimpin negeri itu laung-laungkan selama ini?

Ini kerana sehingga ke hari ini tambah beliau, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilihat terus berdolak dalih dalam memberikan penjelasan terperinci berhubung kontroversi (DEIG) dan dana penstrukturan air di negeri berkenaan.

“Jadi rakyat nak tahu kalaulah prinsip transparency dan accountability itu menjadi laungan mereka kenapa perkara-perkara ini berlaku di Selangor.

“Sebagai contohnya dalam isu DEIG sehingga ke hari ini, Menteri Besar Selangor masih tidak menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

“Kenapa dia tak jawab, sebab itu rakyat perlu tahu kerana ini melibatkan asset negeri Selangor”, katanya kepada pihak media di sini.

Beliau seterusnya mengingatkan Azmin Ali bahawa tindakan berdolak dalih dan mengunci mulut berhubung dua isu berkenaan tidak bermakna dia boleh melepaskan diri begitu sahaja.

“Ini bukan masalah RM1 atau 50 tetapi membabitkan ribuan juta duit rakyat.

“Maka itu yang menjadi perkara pokok mengapa rakyat perlu tahu mengenai isu ini kerana ia melibatatkan asset rakyat dan jumlahnya adalah sangat besar”, ujarnya..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment