Wednesday, October 21, 2015
Isu Hutang, Aliran Tunai 1MDB Akan Selesai Jika Pelan Rasionalisasi Dijalankan Tanpa Halangan, PM
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat
membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunainya jika pelan
rasionalisasi yang sedang dijalankan dapat dilaksanakan tanpa halangan.
1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, menempuh
tempoh yang sangat mencabar, termasuk pelbagai siasatan, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Langkah konkrit sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu ini,
termasuk pelan rasionalisasi yang akan menurunkan paras hutangnya.
“Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia
akan membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran
tunai,” katanya pada Forum Transformasi Global, di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata: “Kita perlu menunggu hasil
siasatan, dan jika ada bukti salah laku, saya akan memastikan bahawa
tindakan paling tegas akan diambil ke atas mereka yang
bertanggungjawap.”
Dari segi dakwaan salah laku, Najib berkata ada banyak siasatan dilakukan, termasuk di Malaysia, ‘yang saya sendiri arahkan.”
Dalam kenyataan baru-baru ini, 1MDB berkata pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan, seperti dirancang.
Asas pelan itu antara lain, termasuk ‘hutang untuk tukaran aset’
dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti
dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di
TRX dan pelupusan aset bukan teras.
Keuntungan daripada pelan rasionalisasi ini akhirnya akan
mengurangkan hutang 1MDB, ke tahap mampan dan boleh diurus menjelang
suku keempat 2015.
Antara lain, 1MDB berjaya menjual lebih RM1 bilion nilai tanah di Tun Razak Exchange tahun ini.
Akhirnya, bidaan terikat akan diterima daripada pembida domestik dan
antarabangsa yang disenarai pendek bagi kedua-dua Edra Energy dan Bandar
Malaysia antara pertengahan dan akhir Oktober 2015, dengan Perjanjian
Jual Beli untuk kedua-dua aset dilaksanakan pada Disember 2015.
Menurut 1MDB, ia berjaya memenuhi, tanpa ingkar, obligasi
perkhidmatan dan pembayaran faedah dan prinsipal, kepada peminjam
domestik dan asing.
Kerajaan memberi jaminan ke atas RM5.8 bilion hutang 1MDB, dengan RM5
bilion matang pada 2039, dan menyediakan Surat Sokongan ke atas US$3
bilion terbitan bon oleh 1MDB, yang matang pada 2023.
Pada kadar tukaran semasa, jumlah prinsipal hutang jangka panjang ini bernilai kira-kira RM18.7 bilion, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment