Saturday, October 17, 2015

Jahat Betul Penyamun Ni Sanggup Lakukan Apa Saja....

GEORGE TOWN : Seorang lelaki 56 tahun melecur separuh badan, dipercayai dibaling bom buatan sendiri di dalam tandas tingkat bawah pusat beli-belah Prangin Mall, malam tadi.

Lelaki itu mengalami 60 peratus kesan kebakaran pada badan, kini tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan dilapor berlari keluar dari tandas pusat beli-belah itu dalam keadaan terbakar kira-kira pukul 10 malam dan dibantu oleh orang ramai untuk memadam kebakaran di badannya sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans.

Hasil rakaman CCTV, polis mendapati seorang lelaki memasuki tandas itu tiga minit terlebih dahulu sebelum mangsa.

Apabila mangsa berlari keluar sambil terbakar, seorang lelaki berhelmet dilihat berlari keluar dengan memegang beg dipercayai milik mangsa.

Sebelum tidak sedarkan diri, lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak nampak sesiapa yang terlibat dalam kejadian itu kerana dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment