Thursday, October 08, 2015
Jangan Cabar Kuasa Polis Atau KDN - Nur Jazlan
KUALA LUMPUR : Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri
(KDN) kerana ia hanya merugikan negara, tegas Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Majoriti rakyat tidak perlu takut pada suara minoriti kerana polis akan mengambil tindakan yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden
Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Bahrom yang dikenali sebagai
Ali Tinju semalam bahawa Melaka Raya tidak selamat pada perhimpunan
Gerak Merah yang dirancang Sabtu ini.
Nur Jazlan berkata, perhimpunan tersebut boleh dianggap sebagai
perhimpunan haram kerana ia dibuat di tempat yang tidak dibenarkan oleh
pihak polis.
"Sekiranya perhimpunan tersebut diadakan ditempat yang dibenarkan oleh
pihak polis pun, mengikut Akta Perhimpuan Aman 2012 ia perlu terlebih
dahulu mendapat keizinan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.
Katanya KDN memadang serius akan perkara itu kerana ia boleh mengeruhkan perpaduan di negara ini.
Megulas mengenai perhimpunan Baju Merah yang dirancang di Kajang pada 18
Oktober ini, Nur Jazlan berkata perhimpuan sedemikian tidak akan
mendatangkan sebarang faedah kepada negara dan pihak polis akan
bertindak tegas menanganinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment