Thursday, October 15, 2015

Kenal Pasti Kumpulan Yang Tertinggal Dalam Pergerakan Sumber Ke Bandar – Ahmad Husni

KUALA LUMPUR : Koperasi, penghubung penting kepada syarikat korporat besar dan multinasional, perlu mengenal pasti kumpulan yang tertinggal dalam pergerakan sumber dari kawasan luar bandar ke bandar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata dalam hal ini, koperasi harus ditubuhkan dalam kalangan kumpulan belia, wanita, pesara dan golongan kurang upaya.

“Bagi kawasan luar bandar terutamanya, koperasi memainkan peranan penting dengan meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor pertanian dan program pembasmian kemiskinan.
http://www.teraju.gov.my/web/wp-content/uploads/2014/11/ahmad_husni.jpg
“Ini akan menyumbang ke arah mengekalkan pertumbuhan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar,” katanya semasa berucap merasmikan Pameran Perdagangan, Persidangan dan Padanan Perniagaan Koperasi ASEAN (Acotex) 2015, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata di ASEAN, koperasi memainkan peranan utama dalam pembangunan sosioekonomi di negara masing-masing melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perbankan, perumahan, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, situasi dunia globalisasi semasa turut menekankan keperluan untuk menangani ketidakseragaman penubuhan koperasi dalam kalangan subrantau dan negara di rantau Asia Pasifik.
“Mereka harus memastikan keperluan pentadbiran asas dipatuhi dan perlu ada pengasingan jelas antara peranan lembaga pengarah dan pengurusan.

“Dalam hal ini, koperasi mesti mendapatkan pengurus berkemahiran dalam perniagaan mereka dan melibatkan lebih ramai profesional dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai projek mereka,” katanya.

Acotex 2015 yang berlangsung dua hari sehingga esok itu dianjur bersama oleh ACO dan Maktab Koperasi Malaysia (CCM) dengan tema ‘Transformasi Koperasio dan Cabaran-cabaran Kepimpinan’.

Persidangan bertujuan menyediakan platform bagi peserta untuk menjalin rangkaian kerja dan membincangkan isu berkaitan perniagaan koperasi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment