Aku berlindung dengan Allah s.w.t dari syaitan yang direjam. Iblis
Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah
s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya
manusia.
Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:6...2):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku?
Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat,
nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian
kecil.”
Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.
Firman Allah s.w.t:
“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya
neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang
cukup.”
Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.
Allah s.w.t berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya
engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa
laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah
mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya
tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis
duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan
yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis
mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan
tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim
Dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh
rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis
sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si
laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci
dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka
itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas
kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan
lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan
pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan
sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka
buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia
hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat
operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar
atau shopping mall.
5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa
banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian
orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba.
Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah,
manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan
Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang
dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi
ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby
sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas
tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’
dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan
jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja.
Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”.
(Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment