Friday, October 16, 2015
Orang Kuat Mahathir Terharu Dengan Kunjungan Zahid Hamidi
Kontroversi tercetus apabila sekeping gambar yang dimuat naik oleh
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi melalui laman
Facebooknya yang menziarahi orang kuat Mahathir, Tan Sri Zainuddin
Maidin.
Gambar yang dimuat naik Timbalan Perdana Menteri yang sedang menunjukkan
mereka bersalaman dan berpelukan mesra itu mencetuskan iklim politik
yang panas apabila Zam Zainuddin dikenali sebagai seorang pengkritik
tegas pentadbiran Najib dilawati oleh orang kuat Najib.
Walau bagaimanapun, Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam bagaimanapun tampil menjelaskan ekoran gambar yang dimuatnaik itu.
Menurut Zam, kunjungan Zahid itu merupakan satu kunjungan biasa sebagai
anak buah terhadap bekas majikan dan ziarah sesama saudara Islam.
Jelas Zam, Zahid pada satu ketika dahulu pernah menjadi anak buah ketika
beliau menjadi Menteri Penerangan, manakala Zahid menjadi timbalannya.
Dalam masa sama, Zainuddin juga menjelaskan tindakan beliau mengkritik
pentadbiran Najib bukanlah cuba menyebelahi atau menyokong Tun Dr
Mahathir Mohamad, sebaliknya kerana beliau sayangkan parti Umno.
"Tentunya pertanyaan ini timbul kerana saya dianggap sebagai kritikal
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib, menteri-menteri dan
mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin parti terhadap 1MDB sebagai
menimbulkan kontroversi, sebaliknya bagi saya kerana saya sayangkan
parti.
Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri juga menjelaskan gambar
berkenaan dengan mengatakan kunjungan itu hanyalah satu kunjungan biasa
sebagai anak murid terhadap bekas gurunya.
Zahid berkata, ketika beliau menjadi timbalan menteri penerangan, beliau
banyak mempelajari daripada Zam dan telah menganggap Zam sebagai
seorang gurunya sehingga hari ini.
"Kalau dulu seseorang itu guru saya maka hingga hari ini dia tetap guru
saya, kalau dulu dia penghulu saya maka hari ini pun dia tetap penghulu
dan dulu Tan Sri Zainuddin bos saya maka hari ini tetap bos saya," jelas
Zahid.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment