Thursday, October 01, 2015
Lagi.. Pasal Isu Saifuddin Hadir Majlis Pembangkang... Menyampah Melihatnya
Politik ialah persepsi.Malah sudut itu yang dipersoal oleh Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Tengku AdnanMansor mengenai kehadiran Datuk
Saifuddin Abdullah pada majlis sidang meja bulat anjuran pembangkang dan
pelancaran Pakatan Amanah pada 22 September lalu.
Saifuddin ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen BN.
Walaupun kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan dikatakan bukan atas
kapasitinya sebagai ahli UMNO ianya tetap mencetuskan persepsi negatif
dan membangkitkan persoalan mengenai motifnya.
Kata Tengku Adnan ini persepsi sebab yang hadir ialah bekas timbalan
menteri dan ahli UMNO.Itu kalau kita nak imbas balik kenyataan
Setiausaha Agung UMNO itu mengulas pasal isu Saifuddin.
Katanya surat tunjuk sebab 14 hari akan dikeluarkan pada Saifuddin.Jika
beliau gagal berbuat demikian kesnya akan dirujuk kepada Lembaga
Disiplin UMNO.
Kehadiran Saifuddin yang dakwanya atas kapisiti Pengerusi Akademi Belia
juga telah mencetuskan rasa kurang senang ramai ahli dan pemimpin UMNO.
Ini kerana ia bukan sekadar satu sidang meja bulat yang dihadiri oleh
parti-parti pembangkang kecuali PAS tetapi ia juga majlis pelancaran
Pakatan Amanah yakni pakatan baru PKR-DAP dan Parti Amanah.
Isu Saifuddin telah kembali mencuri perhatian Rabu bila Pemangku
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Megat Najmuddin Megat Khas menilai ‘
tak salah’ beliau hadiri majlis anjuran pembangkang itu.
Beliau dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata jika sekadar hadir
dan tidak kondem parti di majlis itu maka ia tidak jadi masalah.
“Kita juga ingin tahu apa yang pembangkang kata dan buat,”katanya
lagi.Dalam pada itu portal berita itu memetik kenyataan pemerhati
politik yang dakwa adalah tidak demokratik UMNO ambil tindakan keatas
ahlinya yang ambil bahagian dalam aktiviti di luar parti.
Disebalik semua ini apa yang dilihat menjadi masalah di sini ialah
tindak tanduk seperti ini bukan menjadi amalan biasa dikalangan ahli dan
pimpinan UMNO.
Ia lebih kepada Saifuddin sendiri yang kebelakangan ini dilihat banyak
‘buat perangai’ dalam kenyataan-kenyataanya menyentuh pembangkang dan
isu-isu semasa.
Beliau dikatakan cuba memberi gambaran seolah dirinya cukup terbuka
sedangkan pembangkang sendiri tidak pernah kendur dan bersikap agresif
terhadap segala hal tentang UMNO dan BN.
Ramai yang bertanya apa pencapaian Saifuddin selama ini dalam nak tunjuk
beliau kononya demokratik sangat dalam politik.Contoh yang nyata
kawasan Parlimen Temerloh yang sebelum ini pernah dimenanginya sepenggal
pun gagal dipertahankan.
Lagipun majlis 22 September itu bukan saja satu forum tetapi pelancaran
satu pakatan pembangkang untuk lawan BN dalam arina politik.
”Mesej apa yang nanti terpancar dari tindak tanduk pemimpin UMNO yang begitu di kaca mata ahli dan orangramai di luar sana.
”Ini semua syok sendiri yang tak ke mana.Kita saja yang tunjuk baik
tetapi pembangkang peduli apa,” kata seorang pemerhati politik yang tetap
anggap tindak tanduk Saifuddin adalah salah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment