Saturday, October 17, 2015

Letak Wanita Di Tempat Yang Betul Jika Ingin Menang Pilihanraya – Shahrizat

KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata wanita dalam negara-negara anggota ASEAN menjadi tunggak utama dalam kemenangan parti-parti politik mereka di dalam pilihanraya.

Ini kerana jelas beliau jika tidak ada keterlibatan wanita di dalam politik maka ianya mustahil untuk parti-parti politik untuk menjalankan kempen dengan berjaya dan seterusnya memenangi pilihanraya dengan peratusan yang tinggi.

Oleh kerana itu tegasnya  mereka yang bertanggungjawab harus meletakkan wanita di tempat yang betul jika ingin memenangi pilhanraya.

“Jadi pada conference ini kita lebih fokus pada connectivity dan innovation untuk menaikkan lagi kesedaran terhadap betapa pentingnya keterlibatan wanita di dalam politik”, katanya pada sidang media Asean Conference On Women In Politics di PWTC hari ini.
DSC_4591
Jelas beliau lagi, tema connectivity dan innovation ini diberi pengkhususan di dalam conference yang berlangsung selama dua hari ini dan jika pemimpin mahupun jentera wanita tidak menumpukan perhatian pada dua perkara ini maka kaum wanita akan ketinggalan.

“Saya merasa amat gembira kerana conference yang diadakan buat pertama kali ini medapat sambutan memberangsangkan dengan dihadiri lebih kira-kira dua ribu orang wanita.

Conference akan mengukir satu sejarah besar oleh kerana ia mampu untuk mengenengahkan betapa pentingnya peranan dan sumbangan wanita di dalam politik”, ujar beliau.

Dalam pada itu, penganjuran conference Women In Politics ini telah dipersetujui Perdana Menteri Malaysia juga merangkap sebagai Pengerusi Asean, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diadakan setahun ataupun dua tahun sekali oleh kerana ia akan menjadi satu penanda aras kepada keterlibatan wanita di dalam politik.

Conference Asean Women In Politics ini bakal membentangkan empat tajuk iaitu “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”, “Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections” dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.

Lebih daripada 117 deligasi luar yang melibatkan 17 buah negara akan bersama-sama Wanita BN untuk turut serta dalam conference ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment