Monday, October 19, 2015

Mat Sabu Berikrar Akan Kalahkan PAS di Kawasan Pantai Barat Semenanjung

Parti Amanah yang diterajui oleh kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih glamor lagi dengan panggilan Mat Sabu sebagai ketuanya, yakin dan terlebih pasti bahawa parti Amanah dapat menewaskan parti PAS dan secara tidak langsung take over kawasan Pantai Barat.

Mat Sabu terlebih yakin yang bala tenteranya akan berjaya menewaskan PAS dengan meraih undi orang-orang Melayu di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung. Dengan sombong dan bangga dirinya dia berkata, PAS tidak akan mampu untuk bergerak dengan sendiri memandangkan PAS tidak punya hubungan bekerjasama dengan mana-mana parti.

“Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang adalah jelas di mana Dr. Halimah Ali ketinggalan dalam semua peti Melayu tetapi menang atas sokongan pengundi Cina.

“Jika Pas bertanding bersendirian, mereka akan kembali ke era 1980-an,” katanya.

Mat sabu mendakwa walaupun PAS mendapat keputusan yang baik dalam dalam pilihan raya yang lepas tetapi itu semua atas jasa-jasa parti pembangkang yang lain. Meskipun sekarang ni DAP dan PKR masih lagi tak yakin dengan kebolehan Amanah di dalam Pakatan Harapan, namun Amanah yakin bahawa mereka mampu untuk meraih undi kaum Melayu.

Mat Sabu juga tidak bersetuju dengan pendapat parti pembangkang yang lain kononnya Pakatan Harapan tidak boleh menang di kawasan Pantai Barat hanya gara-gara PAS tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Huhhhh!! Nampak sangat yang geng Pakatan Harapan ni tahu nak harapkan undi dari penyokong PAS je.

Tak mampu nak raih undi sendiri ke huhuhuuuuuu…..! Tapi parti Amanah ni bukan main lagi egonya, kononnya diaorang bukan sahaja mampu untuk rampas undi penyokong PAS tapi nak caras undi penyokong Umno sekali pun takde hal. Hahaaa kita layan jela drama diaorang ni..kita tengok je nanti siapa cantas siapa...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment