Monday, October 19, 2015
Pemuda MIC Anggap Mahathir Sangat Rasis!!
Fuhhhhh…finally Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Sivaraajh Chandran menyeru
kepada semua perwakilan MIC supaya buka mata dan lihat siapa sebenarnya
yang bercakap benar dan siapa yang menjadi musang berjanggut, bercakap
dalih dan suka memutar belitkan kebenaran.
Selama ini pemuda MIC bukan main lagi mengagung-agungkan setiap apa yang
diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
umpama setiap kata-kata yang keluar dari mulut Mahathir tu suci-suci
belaka takde sikit pun cela. Nahhh sekarang baru dorang tahu yang
diagungkan sangat tu la sebenarnya tahi busuk.
Sivaraajh akhirnya tersedar yang Mahathir ni mengamalkan sikap rasis dan
juga merupakan seorang yang rasis. Hal ini diketahui ketua pemuda MIC
itu selepas dia membaca sebuah buku yang bertajuk ‘Doctor In The
House’, buku tersebut ditulis sendiri oleh Mahathir.
“Saya tak salahkan sesiapa, saya cuma salahkan Tun Mahathir. Saya baca
buku ‘Doctor In The House’. Saya tahu betapa rasisnya beliau,” katanya.
Nahhhh… Itu la jadinya kalau main tuduh je. Sekarang ni diaorang baru
sedar yang Mahathir tergamak untuk mengubah pelbagai polisi pada zaman
pemerintahannya semata-mata untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak.
“Sejak Tun M, dasar ekonomi baru diperkasakan oleh beliau, pelbagai
polisi diubahsuai, dicatatkan untuk memenuhi kehendak sesetengah
kumpulan,” katanya lagi.
Mahathir juga telah menjadi punca kepada krisis yang semakin
membimbangkan hingga hari ini, bagaikan tiada penghujung para pemimpin
terus terusan bertelagah antara satu sama lain.
Mungkin memang itu yang Mahathir mahu kot, suka tengok orang Melayu
bertikaman antara satu sama lain supaya dia dapat penuhi segala
keinginannya, dan menghasut anak muda supaya benci kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment