Monday, October 19, 2015
Kelihatan PAS Semakin Pulih, Cuma Masih Belum Sihat.....
EDITOR MENULIS...
19 OKTOBER 2015
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam satu sidang media
di Himpunan Fastaqim di Kota Bharu melafazkan keyakinannya bahawa Parti
Amanah Negara (Amanah) hanyalah cabaran yang kecil buat partinya.
Abdul Hadi dalam perkiraannya mengimbas kembali pengalaman PAS berdepan
pepecahan dalaman parti yang melibatkan Barisan Jemaah Islamiah
SeMalaysia (BERJASA) yang disifatkan tidak memberi sebarang kesan pada
partinya dulu.
Mendengar kenyataan Abdul Hadi itu, penulis dapati beliau terlalu yakin
dengan keadaan PAS sekarang setelah Mat Sabu dan gerombolan konconya
membawa keluar ribuan ahli PAS keluar dari parti di seluruh negara.
Kenyataan itu seolah-olah PAS sudah pulih sepenuhnya dari sebarang
anasir 'syaitan dalam jemaah' yang menjadi petualang di dalam PAS sejak
berkurun abad selama ini. Apakah PAS sudah benar-benar 'bersih' dari
'syaitan-syaitan' itu? Tidak ada yang tertinggal di dalam PAS?
Saya suka untuk mengingatkan Abdul Hadi bahawa di dalam PAS masih
lagi tertinggal saki baki 'syaitan' yang mungkin sengaja dikekalkan di
dalam partinya. Berkemungkinan mereka-mereka ini sengaja dikekalkan di
dalam PAS semata-mata untuk menjadi 'mata-mata' dan mengumpan lebih
ramai ahli PAS untuk meragui kepimpinan PAS sendiri.
Malah saya yakin bahawa mungkin 'syaitan-syaitan' ini kekal di dalam
PAS kerana mereka takut untuk melanggar bai'ah yang mereka ikrarkan
ketika menerima watikah pencalonan semasa bertanding sebagai calon PAS
pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Sebagai contoh, baru-baru ini bila saya berada di Pertandingan Pidato Presiden Saringan Utara di Kedah, hasil dari perbualan mesra dengan rakan rakan di sana, masih lagi ada ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang dilihat sebagai
satu aliran dengan Mat Sabu serta konco-konconya, tetapi memilih untuk
kekalkan diri bersama PAS.
Mereka-mereka ini tidak segan silu untuk bersekongkol di program-program
anjuran DAP dan bersahabat baik dengan Amanah, walaupun kedua parti itu
jelas mengecam, mengherdik, khianat, berlaku biadap dan menghina PAS
secara terbuka di khalayak umum.
Soalnya, apakah Abdul Hadi yakin bahawa mereka-mereka ini setia dan
tidak akan khianat pada PAS dari sudut kelicikan mereka berpolitik?
Apakah Abdul Hadi fikir mereka akan wala' pada kepimpinan ulama yang
mereka pandang rendah sebelum ini?
Mungkin benar mereka bermanis muka di depan Abdul Hadi. Tapi di
belakang, siapa yang tahu, bukan? Bukankah Abdul Hadi sendiri kaya
dengan pengalaman 'ditikam dari belakang' sebelum ini?
Pada pandangan
saya, 'luka' ditikam oleh bekas Timbalannya sendiri masih belum
sembuh hingga kini...
Walau bagaimanapun keyakinan Abdul Hadi, sebagai pemerhati politik
bebas, saya ingin menyarankan pada beliau supaya berhati-hati dengan
beberapa 'selebriti' PAS terutama yang berasal dari utara semenanjung.
'Plastik' mereka lebih jelek dari 'syaitan dalam jemaah'..!
Mungkin benar Abdul Hadi tiada kuasa untuk memecat mereka secara
semberono tanpa alasan yang kukuh. Namun dari sudut pengalaman
berpolitik, saya yakin bahawa Abdul Hadi dapat meneka siapa
'selebriti' PAS yang saya maksudkan. Harap berwaspada dengan dakyah
mereka-mereka itu....
Saya sekadar menasihatkan... Fikir-Fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment