Monday, October 19, 2015
Suspek Yang Juga Seorang Ahli Perniagaan Berusia 30-an Ditahan Di Damansara
SHAH ALAM : Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menampar pekerja
cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, kelmarin.
Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30-an ditahan 10 malam tadi di Damansara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mangsa dipercayai patah tulang hidung dan masih dirawat Sungai Buloh.
"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Pihak kami sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah pagi
ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang
di IPK Selangor, hari ini.
Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial sejak, kelmarin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment