Monday, October 19, 2015
Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Hari Ini
KUALA LUMPUR : Semua sekolah di beberapa negeri yang diarahkan tutup pada
Isnin akan terus ditutup pada Selasa berikutan tahap bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan tersebut masih berada pada tahap
tidak sihat.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah di Melaka,
Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah,
Kuching dan Samarahan di Sarawak akan terus ditutup pada Selasa.
Pada masa sama, katanya, sekolah di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di
Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor turut diarahkan tutup pada
Selasa.
"Berdasarkan pemantau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga
pukul 1 petang hari ini (Isnin), didapati tahap bacaan IPU bagi
kebanyakan kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.
"Beberapa kawasan dan daerah lain juga didapati menunjukkan trend
peningkatan pada bacaan IPU," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata penutupan tersebut akan melibatkan kira-kira 3,029
sekolah dan seramai 1,909,842 murid di negeri dan daerah yang terjejas.
"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat
hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan
masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera," katanya.
Mahdzir berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa
memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajid dari semasa ke
semasa.
"Sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat,
maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat
masing-masing seperti yang ditetapkan KPM," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment