Thursday, October 15, 2015
Mazlan Aliman Simpati PAS Terpaksa 'Bersilat'... Buruknya Perangai Dia Ni
SHAH ALAM : Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman bersimpati
dengan parti lamanya kerana terpaksa 'bersilat' dalam menepis segala
dakwaan mengenai pendekatan politik PAS mutakhir ini.
"Saya amat bersimpati dengan rakan rakan PAS yang terpaksa 'bersilat' menepis segala dakwaan mengenai pendekatan PAS masa kini.
"Apa yang saya telah rasa atas segala tuduhan dan fitnah, peritnya kini
dirasai oleh pimpinan dan ahli PAS," nukil Mazlan di laman Facebooknya,
pada Rabu.
Mazlan merujuk kepada kontroversi yang melanda PAS sebelum ini yang
didakwa kononnya menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) PERKASA berkait isu-isu semasa.
Gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpeluk dengan
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga menjadi viral di laman
internet.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad mengesahkan PAS
tidak menjalinkan kerjasama dengan PERKASA dan kehadiran Ibrahim Ali ke
ibu Pejabat PAS adalah sekadar 'kunjungan mesra' semata-mata.
Mazlan berkata, beliau terlebih dahulu melalui situasi seperti itu ketika menerajui NGO bersabit isu tanah Felda, ANAK.
ANAK adalah singkatan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.
"Pendekatan Ngo ANAK menemui tokoh tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir,
Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir, Tan Sri Syed Hamid Albar dan
Dato' Saifudin Abdullah di salah ertikan. Usaha ANAK mengangkat isu
FELDA melalui engagement dengan berbagai pihak dianggap bersekongkol
dengan puak puak zalim.
"Kebelakangan ini apabila parti lama saya, PAS membuat hubungan dengan
Ngo melayu terutamanya ISMA dan PERKASA, mereka juga di cemuh. Samada
tajuknya 'kerjasama', 'kunjung hormat', 'meraikan tetamu', dan lain
lain, persepsi rakyat tentunya berbeza beza," ujarnya lagi.
PAS akhir-akhir ini dilihat bersungguh-sungguh menonjolkan parti itu
sebagai masih relevan meskipun disisihkan DAP dan PKR untuk menubuhkan
Pakatan Harapan.
Pemimpin PAS juga bersilih ganti menyatakan keyakinan bahawa PAS tidak
bersendirian dan masih mempunyai taring dalam arena politik negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment