Thursday, October 01, 2015
Malaysia Tambah Baik Jalur Lebar Kekang Jenayah Siber.... 4G Kepada 5G
Malaysia akan menambah baik perkhidmatan jalur lebar dari 4G kepada 5G bagi mengekang masalah keganasan siber di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kerajaan akan
mendapatkan kerjasama dalam bentuk teknologi jalur lebar dari China,
Korea dan Jepun bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
"Kita dapati bahawa China mempunyai peranan agak penting juga untuk
rantau ASEAN bukan hanya dalam bidang ekonomi tetapi mereka juga ada
beberapa pendekatan dalam permasalahan jenayah dalam rentas sempadan.
"Saya fikir bukan hanya meningkatkan kesedaran tapi kita sedang menyediakan keutamaan dalam membanteras jenayah siber.
"Saya fikir China akan mengetuai negara Asia dalam menyelesaikan masalah
ini,” katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan
Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan kali ke-10 di ibu
negara hari ini.
Sebelum ini syarikat dari China telah bekerjasama dengan syarikat Korea bagi meningkatkan kemudahan tersebut.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata pihaknya akan berjumpa
dengan wakil Jepun bagi membincangkan kerjasama dan berharapkan
keputusan positif dapat dicapai.
"Kami akan berjumpa dengan kepolisan Jepun petang ini dan sebarang
kerjasama yang akan diteruskan akan diperbincangkan saya harap kerjasama
yang sama dengan China dan Korea semoga dapat diteruskan dengan Jepun.
"Kita harap komitmen dengan Jepun cukup tinggi dan saya mengharapkan
pertemuan dengan Jepun pada petang ini lebih positif dapat dilakukan
bersama,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment