Thursday, October 01, 2015
Solidariti Mufti-Mufti Pertahankan JAIP Dari Serangan DAP
DAP dah mula tunjuk kurang ajar. Belum perintah Malaysia lagi. Kalau
GHB/PAN/Amanah menang PRU pastinya DAP yg berkuasa dan nk hapuskan agama
Islam. Itupun masih ada Melayu tak sedar diri menyokong DAP dan parti
Boneka ciptaannya iaitu GHB/PAN/Amanah
Serangan bertali arus DAP terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan
Jabatan Mufti negeri tersebut menyebabkan Mufti beberapa negeri
bersuara nyatakan solidariti pada beliau dan mahu teks khutbah Aidiladha
dipertahankan.
Antara yang tampil membela Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman
Osman yang diserang DAP adalah Mufti Selangor, Mufti Kelantan dan Mufti
Melaka.
Mereka mahu JAIP tidak apologetik dalam mempertahankan teks khutbah
Aidiladha yang dikatakan mendakwa DAP sebagai menentang Islam.
Sambil memberikan sokongan moral kepada JAIP, Mufti Selangor, Datuk
Mohd. Tamyes Abd. Wahid yakin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman
Osman mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan teks khutbah
tersebut.
Mohd. Tamyes juga berkata, kebenaran bakal terbukti menyebelahi pihak
JAIP sekiranya isu tersebut diheret ke mahkamah, selagi kandungan teks
ucapan itu berlandaskan ajaran Islam.
“Saya percaya tindakan mempertahankan kandungan khutbah tersebut
mempunyai bukti asas yang kuat dan berharap, mudah-mudahan jika isu ini
diheret ke mahkamah, ia akan menyebelahi pihak yang benar.
“Isu ini melibatkan agama dan wajib bagi kita sebagai umat Islam
mempertahankan agamanya daripada dipermainkan oleh pihak bukan Islam.
Tidak kiralah pihak yang membantah mewakilkannya kepada orang Islam
sekali pun,” katanya.
Utusan melaporkan beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang tidak
gentar dengan ancaman DAP mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihaknya kerana khutbah Aidiladha berkenaan.
Menurutnya, khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam
supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.
Sebelum ini, DAP melalui Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja
Puri memberi masa lima hari sehingga Khamis untuk JAIP memohon maaf
secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan
undang-undang.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata,
sekiranya semua pihak mempunyai rasa hormat kepada institusi keagamaan,
pastinya isu berhubung khutbah tersebut tidak berbangkit.
Kata beliau, ini memandangkan institusi keagamaan di negara ini yang
salah satunya adalah jabatan mufti negeri sememangnya mempunyai
tanggungjawab untuk memberi pandangan kepada umat Islam.
“Khutbah adalah medium dakwah menyedarkan Islam, kalau ada pihak ingin
mengheret ke mahkamah berhubung isu kandungannya, terpulanglah. Tetapi
penghormatan terhadap institusi keagamaan itu perlu datangnya daripada
orang Islam sendiri. Kalau ada yang mencabarnya, saya berasa kesal.
“Institusi agama bukan untuk agenda politik tetapi menyedarkan umat
Islam, kita tiada kepentingan politik. Kalau orang Islam sendiri tidak
hormat institusi terbabit, bagaimana bukan Islam akan menghormatinya,”
katanya.
Mufti Melaka, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin turut menyatakan sokongan
terhadap Abdul Rahman yang bertegas dan tidak gentar dengan tekanan yang
diberikan DAP terhadap JAIP itu.
Menurut Mohd. Mohadis, isu yang membabitkan maruah agama Islam wajar
dipertahankan kerana isi kandungan khutbah yang disampaikan itu
bertujuan memberi peringatan kepada umatnya dan seharusnya tidak
dipersoalkan.
“Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersatu mempertahankan perihal
berkaitan agama kita dan bagi saya amat tidak wajar ada pihak lain yang
cuba mempersoalkan tentang isi kandungan khutbah itu, apatah lagi ia
melibatkan parti politik.
“Agak menyedihkan juga apabila individu yang mempersoalkan isu ini juga
merupakan umat Islam tetapi hanya kerana disebabkan berbeza fahaman
politik, isi kandungan khutbah itu dijadikan modal untuk dijadikan
ancaman atau ugutan,” katanya.
Perkara sama turut diluahkan Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah
yang berpendapat mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat
Islam dalam memimpin ke arah menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan
kehendak syariat agama.
Justeru, katanya tidak seharusnya umat Islam termasuk kerajaan memberi
peluang atau tunduk sebaliknya bersatu-padu serta tidak sesekali
menyerah kalah berhubung isu tersebut.
“Saya sudah hilang sabar dengan provokasi berterusan daripada kelompok
tertentu ini. Mereka tidak sepatutnya mengganggu urusan melibatkan
kesucian agama Islam seperti mana yang mereka lakukan kepada hukum
hudud.
“Tidak harus ada toleransi atau kompromi dalam mempertahankan kesucian
agama Islam, justeru saya menggesa semua umat Islam untuk bersatu dalam
hal ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment