Saturday, October 17, 2015
Muka Tak Tahu Maluuuu..... PKR Masih 'Pujuk' PAS Sertai Pakatan Harapan - Azmin
PETALING JAYA : PKR dan PAS masih berunding berhubung isu penyertaan
parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, kata Timbalan Presiden PKR,
Mohamed Azmin Ali.
Pakatan Harapan kini dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Kita akan teruskan perbincangan dan masih berjalan dengan baik", katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan
Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang mahu DAP dan Amanah menghormati PAS
sekiranya mahu parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Nik Abduh semalam berkata, kemelut yang berlaku dalam pakatan
pembangkang ketika ini berpunca daripada serangan DAP terhadap pucuk
pimpinan parti Islam itu.
Tambah beliau, bekas-bekas pemimpin PAS yang kini menyertai dan menerajui Amanah tidak segan silu mengkritik Majlis Syura Ulama.
Hal itu membuatkan PAS berkecil hati dan terpaksa bertindak demi mempertahankan maruah pemimpin mereka.
"Dalam sejarah PAS selama ini, tidak pernah berlaku Majlis Syura Ulama dikritik secara terbuka oleh pemimpin parti.
"Apabila berlaku tidak menghormati, ahli bertindak balas. Jadi,
bagaimana hendak suruh mereka kembali?" kata Nik Abduh yang berkata pada
satu sesi soal jawab Bicara Harakah semalam.
Dalam perkembangan lain, Azmin menyambut baik penyertaan Bekas Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR
hari ini.
PKR katanya sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang sudi untuk membawa perubahan kepada imej politik negara.
"Kita sentiasa bersikap terbuka untuk semua parti yang berpegang kepada
prinsip untuk membawa perubahan. Sebab itu hari ini merupakan hari yang
amat bersejarah kita ada seroang tokoh yang sentiasa mengambil pendirian
yang sederhana yang sentiasa mempertahankan prinsip keadilan dan
pastinya ia akan memperkukuhkan usaha kita untuk muafakat dengan semua
parti politik", katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment