Thursday, October 15, 2015
NGO Desak Tun M Bersikap Rasional, Henti Serang Najib
AMPANG : Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Martabat Pejuang
Negara (GMPN) hari ini mendesak Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad bersikap lebih rasional dan berhenti dari menyerang Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Presiden GMPN, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tindakan Mahathir
tersebut tidak akan memperbaiki keadaan dan hanya akan mengeruhkan lagi
keadaan pengurusan negara ini.
"Kita minta hentikan lah kenyataan-kenyataan yang banyak memburukkan perdana menteri.
"Memang pentadbiran negara ada sedikit kesilapan, itu perkara biasa,
tetapi sebagai rakyat Malaysia, atau sebagai pemimpin yang dihormati
kita perlu berfikir dengan tindakan yang kita lakukan.
"Sekiranya ada masalah di dalam pentadbiran, kita sepatutnya biarkan
Najib bersama barisan kabinetnya menyelesaikan masalah tersebut,"
katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Razali menambah, tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
yang hadir ke sidang media bersama Mahathir semalam adalah tindakan yang
tidak sepatutnya dibuat.
Katanya, ini kerana Muhyiddin dan Shafie masih Ahli Majlis Tertinggi
UMNO dan keduanya sepatutnya bersama dengan kepimpinan Presiden yang
diterajui Najib.
"Kedua mereka mesti bersama-sama kepimpinan Presiden, jika mereka hendak
menyatukan orang melayu dan UMNO mereka sepatutnya bersama.
"Mereka telah berpihak kepada kumpulan yang lain jadi kita faham apa
tujuan mereka yang sebenar, tindakan Najib sebagai perdana menteri
menggugurkan keduanya adalah tindakan yang tepat," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment