Thursday, October 15, 2015
Wowww.... Jejaki Telefon Bimbit Hilang Dengan Aplikasi Pengesanan
PETALING JAYA : Selepas tertinggal telefon bimbitnya secara tidak sengaja
di dalam sebuah troli membeli-belah, Sivagurunathan Chinniah
menghubungi telefon bimbitnya itu beberapa kali tetapi tidak berjawab.
"Saya kemudiannya menyedari bahawa sesiapa sahaja yang mengambil telefon
bimbit itu tiada niat untuk mengembalikannya," kata anak jati Perak
itu.
Sivagurunathan kini menetap di Iowa, Amerika Syarikat bersama dengan isteri dan dua anaknya.
Beliau melakukan beberapa carian di Internet mengenai cara untuk
mengesan telefon bimbit Samsung Galaxy Light Android miliknya itu.
"Pada mulanya, saya mengesan telefon bimbit saya menggunakan Android
Device Manager,” kata Sivagurunathan, 53, yang kehilangan telefon
bimbitnya pada 4 Oktober lalu.
Namun, ia hanya menunjukkan anggaran lokasi telefon bimbit itu berada.
Oleh itu, Sivagurunathan yang mempunyai Ijazah dalam jurusan Matematik
dan Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya,
memasang perisian yang dipanggil AndroidLost.
"Ia begitu mudah. Dan terdapat banyak cara anda boleh jejaki telefon
bimbit anda," katanya yang juga Naib Presiden Pembangunan Aplikasi,
Newcom Technologies Inc.
Dengan perisian tersebut, Sivagurunathan dapat mendengar dan melihat individu yang mengambil telefon bimbitnya.
Dalam tempoh 12 jam aplikasi itu dipasang, beliau berjaya mengesan
telefon bimbitnya di sebuah rumah di Ottumwa, kira-kira 160km dari
tempat tinggalnya.
"Saya berjaya mengawal telefon bimbit itu menggunakan Internet dan boleh mengambil gambar sekeliling," katanya.
Sivagurunathan berkata beliau juga dapat merekodkan bunyi di dalam rumah
tersebut selain memprogramkan pop-up palsu yang akan mengambil gambar
individu yang memiliki telefon bimbit itu.
"Malangnya gambar tersebut tidak begitu jelas," kata Sivagurunathan.
Dua pegawai polis dihantar ke lokasi dan sebaik sahaja mereka tiba,
Sivagurunathan memasang penggera di dalam telefon bimbitnya, membolehkan
pegawai polis mengesan rumah tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment