Thursday, October 15, 2015
PENDEDAHAN : Mari Kita Fahami SIAPAKAH Disebalik Konsesi TOL?
Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Pantai Baru (NPE),
Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) ,
Lebuh Raya Sprint , Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ,
Lebuh Raya Maju (MEX) ,
Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) ,
Lebuhraya SMART dan
Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (SILK).
Saya pernah menulis beberapa artikel berkaitan dengan tol, mungkin
ramai yang tak tahu bahawa kerajaan Selangor memegang saham beberapa
konsesi lebuhraya ini melalui syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Berikut adalah petikan dari artikel yang pernah ditulis dulu, untuk update terkini masih tak dapat dipastikan peratusan % saham.
Fakta mengenai Lebuhraya Tol yg perlu diketahui.....
1 ) Eastern Dispersal Link
Toll di hapuskan 100%
Pemegang Saham utama MRCB (KWSP pemegang saham utama)
2 ) New Pantai Expressway
Toll Kpg Medan dihapuskan
Pemegang Saham utama IJM
3 ) Kajang - KL (Grand Saga)
Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll...
terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc ) utama utk menghapuskan terus.
4 ) KESAS Highway -
PKNS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...
belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.
5 ) SPRINT Highway
KPS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...
sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.
6) GCE Highway - pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO semasa Umno....
terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.
7) Mana-mana Toll Highway yg PLUS Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE, Seremban-PD, Kulim Butterworth)
8 ) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA)
9) LDP pemilik konsesi LITRAK
Satu ketika dulu ,Khalid Ibrahim, mantan Menter Besar Selangor dalam
kenyataan beliau di media (3 May 2012) menyatakan bahawa perjanjian
konsesi lebuhraya di Selangor pada masa hadapan akan memasukkan terma
'exit clause'.
Dalam erti kata yang lain , apabila keuntungan yang ingin dicapai telah
diperoleh , maka pemilikan lebuhraya akan dipindahkan kepada kerajaan
Selangor.
Contoh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah sekiranya keuntungan
yang ingin dicapai telah diperoleh dalam tempoh 25 tahun dengan aliran
trafik yang banyak, maka tempoh konsesi selama 40 tahun akan terbatal
dan pengurusan lebuhraya akan diserahkan kepada kerajaan Negeri
Selangor.
Khalid Ibrahim pada masa yang sama juga bernada mengugut apabila
mengatakan sekiranya ada syarikat yang tidak bersetuju dengan cadangan
berkenaan maka kerajaan Selangor tidak akan memberi kelulusan dalam
mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuhraya.
Oleh yang demikian, dengan anggapan kadar tol akan dinaikkan tak lama
lagi, dari pemimpin-pemimpin PR lain bising-bising tentang kenaikan harga tol ini, apa
kata cuba buat apa yang Khalid Ibrahim pernah cadangkan satu ketika
dulu, desak konsesi-konsesi di mana kerajaan negeri Selangor pun ada pegangan
saham di dalamnya, macam KESAS dan SPRINT tu .
Secara peribadi memanglah saya pun tak berapa setuju dengan kenaikan
tol. Cuma kerajaan Selangor pimpinan PR yang ada kepentingan dalam tol
seperti Kesas, Sprint & Grand Saga pun jangan buat-buat bodoh, kan dah
dipamerkan di atas tol di KESAS dan SPRINT pun akan dinaikkan jugak!
Apa tunggu lagi , takkan sebagai antara pemegang saham besar dalam konsesi tak boleh nak buat apa-apa?
Tol naik hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya dalam bumi
Selangor yang mana di miliki konsesi konsesi tol ini oleh kerajaan
negeri melalui perolehan royalti yang akhirnya masuk ke kantung poket
kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti DAP.
PLUS Utara Selatan dah pun keluarkan kenyataan tak terlibat dengan
kenaikan dalam bumi selangor walaupun jalurnya PLUS ni ada melalui
sebahagian besarnya dalam bumi Selangor.
Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment