Thursday, October 08, 2015
NGO Selangor Anjur Himpunan Protes Kerajaan Negeri 18 Oktober Ini
AMPANG : Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor akan
mengadakan sebuah 'Himpunan Selamatkan Negeri Selangor Dari Kerajaan
Caca Merba' di sini pada 18 Oktober ini.
Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos berkata, himpunan
yang akan diadakan di pusat beli belah Spectrum, Bandar Baru Ampang itu
melambangkan protes terhadap kerajaan Negeri Selangor.
"Perhimpunan ini perlu diadakan sebagai protes terhadap kerajaan negeri
yang kini seolah-olah kerajaan yang terbaik, tetapi kita lihat kerajaan
Negeri Selangor lah kerajaan yang paling buruk dan kerajaan yang paling
menzalimi rakyat negeri Selangor.
"Wabak denggi ini, kita tidur dekat rumah pun tak aman. Selangor (adalah) negeri penyumbang denggi yang paling cemerlang sekali.
"Tahniah (kepada kerajaan negeri) dan syabas membiakkan nyamuk aedes
dengan menggunakan peruntukan (bekas) Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya
kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini
hari ini.
Jamal menjelaskan, tujuan himpunan tersebut diadakan di Ampang kerana
kawasan tersebut berdekatan dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bukit Antarabangsa yang disandang Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin
Ali.
Sehubungan itu, beliau turut menjemput parti-parti politik seperti UMNO dan Pas untuk menyertai himpunan tersebut.
"Kami hendak beritahu, kerajaan negeri kena buat kerja mereka amanah yang rakyat sudah bagi kena tunaikan amanah.
"Kami menjemput UMNO, dan parti-parti lain juga dan kami alu-alukan
kehadiran dari Parti Pas, sekiranya Pas ada perkara-perkara tidak puas
hati dengan kerajaan negeri apa salahnya.
"Ini protes terhadap kerajaan negeri, ini bukan rasis, kita akan turut
bergabung dengan NGO Cina, NGO India dan lain-lain, kita telah dapat
persetujuan mereka," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment