Thursday, October 08, 2015
Kita Tengok Siapa Yang Kena.... Ling Liong Sik : 'Saya Terima Cabaran Kamu, Najib'
KUALA LUMPUR : Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik tidak
akan berundur daripada seruannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak berundur, dan bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.
“Saya berkata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman
saya, saya akan membela diri saya. Dengan penuh rasa rendah hati, saya
menerima cabaran anda.
“Saya berharap untuk melihat Perdana Menteri berdiri di kandang saksi,
kerana tidak diragukan lagi beliau akan melakukannya jika beliau berkata
ia menjejaskan reputasinya,” katanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tetap mempertahankan apa
yang saya telah katakan. Saya tidak akan meminta maaf,” kata Presiden
MCA pertama ini.
Dalam kenyataannya, Liong Sik berkata, beliau terkejut apabila menerima
surat tuntutan daripada Najib yang menuduhnya beliau membuat fitnah.
Pada Sabtu, Liong Sik secara terbuka menggesa Najib meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri sambil berkata beliau bersetuju dengan gesaan
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Najib meletakkan jawatan.
Liong Sik berkata, beliau menghadiri demonstrasi Bersih di Perth,
Australia dan bagi menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri menghantar surat tuntutan
kepadanya, meminta beliau menarik balik kenyataan dan menbuat permohonan
maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung kenyataan Liong Sik berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment