Thursday, October 08, 2015
Padan Mukanya.... Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Ditahan Di Bawah Sosma
SHAH ALAM : Peguam kepada bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan, Matthias Chang kini ditahan polis atas Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012..
Isteri Khairuddin, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali
sebagai Umie Aida berkata, beliau mendapat tahu mengenai penahanan itu
melalui mesej pesanan ringkas dihantar oleh bekas setiausaha politik
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"(Matthias Chang) Baru ditangkap di bawah Akta Sosma di Balai Polis Dang Wangi, Matthias beritahu saya melalui sms," kata Umie.
Umie yang bimbang dengan penangkapan peguam suaminya kini pasrah dengan tindakan pihak berkuasa dan hanya berserah kepada Tuhan.
"Saya hanya mampu berdoa, saya tidak tahu apa nasib abang pada 13 Oktober ini," katanya dipetik kepada The Malaysian Insider.
Penahanan Chang turut disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang
datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah
Dang Wangi jam 2 petang tadi.
"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat
kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di
bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti
Khairuddin,” katanya.
Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan
28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada
sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment