Thursday, October 08, 2015
PPS : Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Pulau Pinang Batalkan Perintah KDN
GEORGETOWN : Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan
kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri
(KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini
sebagai sebuah pertubuhan haram.
Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu
di dalam kamar di hadapan peguam mewakili kerajaan Pulau Pinang, Quah Su
Enn dan Ketua Unit Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri,
Zahruddin Mohammed Isa.
Quah memberitahu media bahawa alasan permohonan itu ditolak dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah minggu depan.
"Saya tidak dapat memberi lebih banyak maklumat kerana alasan hanya akan dikeluarkan minggu depan.
Sekiranya mahu merayu, kita perlu duduk dan bincang Pada 27 Januari
lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang memfailkan permohonan bagi semakan
kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan perintah KDN
yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.
Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri,
Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dan antara
lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang
dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 November 2014 yang mengisytiharkan
PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1)
Akta Pertubuhan 1966.
Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi
mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang,
senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.
Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan
secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101(v) Akta
Kerajaan Tempatan, 1976.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment