Sunday, October 18, 2015

Pasaran Ringgit Dijangka Kekal Stabil... Alhamdulillah

KUALA LUMPUR : Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan kadar yang lebih kukuh memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menguruskan lebihan mudah tunai.

Bank pusat dijangka terus campur tangan dengan tender harian untuk menyerap lebihan dana dari pasaran, kata peniaga.

Bagi minggu baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender konvensional, program Murabahah Komoditi, Qard, lelongan matang pelbagai dan repo.

Pada Jumaat, bank pusat membantu mengurangkan lebihan mudah tunai keseluruhan pasaran berjumlah RM29.77 bilion dalam sistem konvensional dan RM3.85 bilion dalam sistem Islam.

Kadar rujukan Islam semalaman pada 3.21 peratus mankala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 3.28 peratus, 3.33 peratus dan 3.37 peratus.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.74 peratus. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment