Thursday, October 01, 2015
Pembangkang Mahu Pertemuan Obama-Najib Dibatalkan... Bangangnya
PETALING JAYA : Pakatan Harapan menggesa agar Presiden Amerika
Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menggantung semua rundingan
bersabit perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan
itu wajar dilakukan sehingga siasatan ke atas Najib selesai dijalankan.
"...adalah wajar bagi Presiden Obama membatalkan perjumpaan dengan Najib
yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan diselesaikan
terlebih dahulu di AS bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas
kedua-dua mereka.
"Hanya selepas Najib menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan
isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang
rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan," katanya
pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Menurutnya, laporan The New York Times pada 21 September lalu memberi
gambaran bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Jabatan
Keadilan AS.
"Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila seorang Perdana
Menteri disiasat oleh negara asing atas tuduhan jenayah. Ia bawa kesan
besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain
menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang sekaligus memberi kesan
buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.
"Siasatan ke atas Najib ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua
negara ketika kerajaan dan AS sedang merunding perjanjian TPP yang telah
mengundang pelbagai kontroversi," katanya.
Sehubungan itu, pakatan pembangkang juga mengingatkan Najib agar tidak
menjadikan tekanan penyiasatan AS terhadapnya sebagai alasan untuk
menandatangani perjanjian TPP.
"Kerajaan AS perlu menggantung semua rundingan bersabit perjanjian TPP
dengan Najib untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan yang
timbul akibat siasatan itu.
"Mengambil kira krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Najib, Pakatan
Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan AS terhadap pentadbiran
beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik antara
Malaysia-AS yang dibina selama ini dan juga pada masa akan datang,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment