Monday, October 19, 2015
Pemimpin Pembangkang Semuanya Bodoh!! - Nazri Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mahu membuat undi
tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak sebagai bodoh.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menjelaskan, usul undi tidak percaya tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.
Justeru itu, tindakan pemimpin pembangkang yang menggesa undi tidak
percaya dibuat terhadap perdana menteri merupakan tindakan bodoh kerana
mereka tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen walaupun
telah lama menjadi Ahli Parlimen.
Nazri berkata, pemimpin pembangkang sering kali lagak mahu menjadi
seorang hero, hakikatnya mereka ini bodoh apabila tidak mengetahui
peraturan yang telah ditetapkan tetapi cuba menjadi hero.
"Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun
sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud
mengenai usul undi tidak percaya.
"Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen.
"Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak
faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti eja b.o.d.o.h. Ia termasuk
sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi masih
tidak faham lagi," kata Nazri.
Nazri yang menjelaskan lebih lanjut mengenai usul undi tidak percaya
berkata, usul undi tidak percaya memang tidak wujud dalam Parlimen di
negara ini, tetapi boleh dilakukan dengan cara tidak langsung.
"Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016 atau mana-mana Rang
Undang-Undang (RUU) kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung
boleh dibaca sebagai undi tak percaya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment