Monday, October 19, 2015
Guan Eng Jangan Berlagak.., Dia Bukan Bos Saya.. - Loy Sian
Susulan gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar pemimpin PKR
menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, pemimpin PKR menyifatkan gesaan tersebut bukan dari
seorang bos mereka.
Menurut Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Guan Eng
dan DAP bukanlah bos bagi dirinya dan juga PKR yang mahu memperjuangkan
demi rakyat.
Jelasnya, beliau hanya menerima arahan dari ketuanya mahupun ketua
pembangkang bagi menyelesaikan usul penting seperti menarik balik usul
undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
"Lim Guan Eng bukan bos saya. Biar presiden parti yang memutuskannya," kata Hee Loy.
Selain itu, Ahli Parlimen PKR BATU turut membidas saranan Guan Eng
dengan mengatakan beliau tidak perlu menarik memandangkan ianya bukan
arahan daripada ketua.
"Tidak ada perkara seperti itu, kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri meletak jawatan," kata Chua.
Guan Eng sebelum ini menggesa pemimpin PKR agar menarik balik usul undi
tidak percaya kerana mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail sendiri membawa usul tersebut ke dalam Parlimen..
Menurut Guan Eng, membawa usul tersebut ke dalam Parlimen merupakan
tugas seorang ketua pembangkang kerana ia merupakan perkara serius.
"Apabila anda melihat usul sebegitu penting, amat wajar sekiranya ketua
pembangkan yang membawa perkara tersebut. Sekiranya anda hanya ingin
melihat usul tersebut dikemukakan, maka saya juga boleh menghantar usul
tersebut," tegas Guan Eng yang mahu pemimpin PKR mengikut arahannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment