Monday, October 19, 2015
Rakyat Sudah Terima Perlaksanaan GST.. - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Ahmad Maslan memaklumkan
rakyat di negara ini sudah dapat menerima pelaksanaan sistem cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) yang sebelum ini menjadi buah mulut
kerana belum mengetahui manfaatnya.
Ahmad Maslan berkata, rakyat kini sudah dapat menerima pelaksanaan GST
kerana rakyat sudah fahami pelaksanaan GST memberi manfaat kepada mereka
seperti membantu meningkatan pendapatan rakyat.
Jelasnya, dengan dana hasil kutipan GST itu, kerajaan telah
mengembalikan semula hasil cukai tersebut kepada rakyat dalam pelbagai
bentuk.
Tambah Ahmad Maslan, rakyat tidak lagi marah dengan kerajaan kerana
melaksanakan sistem cukai tersebut, sebaliknya berterima kasih kepada
kerajaan kerana telah banyak membantu rakyat dalam kos sara hidup yang
semakin meningkat dengan pelaksanaan sistem cukai itu.
"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana
kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan
pendapatan menerusi pelbagai cara.
"Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu
meningkatkan pendapatan rakyat," kata Ahmad Maslan ketika ditemui di
dalam majlis Pertandingan Pidato Piala Presiden Umno 2015 peringkat Zon
Utara.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Najib Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada
pembentangan Bajet 2016 yang dijadualkan pada Jumaat depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment