Monday, October 19, 2015
Barulah Sekarang PAS Nak Dedah Jumlah Kutipan, Yang Sebelum Ni?
PAS
mendakwa berjaya mengutip lebih RM 200 ribu dalam perhimpunan Fastaqim
yang diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV kelmarin. Stadium dengan
kapasiti tempat duduk maksimum 30 ribu orang itu dikatakan menampung
sehingga 60 ribu orang pada hari perhimpunan tersebut diadakan.
Macam mana PAS kira kita tak tahulah
tapi bertekak dengan PAS dalam hal macam ini diketahui hanya membuang
masa, dia tetap nak percaya apa yang dia nak percaya jugak, orang lain
semuanya salah.
Bagaimanapun itu bukan intipati artikel
pada hari ini, sebaliknya tindakan PAS mendedahkan jumlah kutipan pada
hari tersebut – buat pertama kalinya setelah sekian banyak perhimpunan
seumpamanya diadakan PAS. Tak kira ceramah-ceramah biasa dimana tin tin
milo bergentayangan melahap duit sumbangan.
Ini penulis percaya sebagai sindiran
atas sumbangan politik yang diterima Perdana Menteri berjumlah USD 650
juta pada 2013. Tapi si bodoh PAS ini tak sedar bahawa tindakan itu
hanya menerbit lebih banyak persoalan, umpamanya, kutipan-kutipan yang
lain tu berapa pulak dapatnya?
Agak-agak mampu tak PAS nak jawab berapa
dan kemana semua kutipan itu pergi? Penulis tak rasa PAS mampu,
silap-silap mampus lagi ada dia nak menjawab sebab bukan sikit. Sejak
PAS aktif dengan kutipan tin milo dilihat dari seawal 1999, lumpuh kalau
PAS nak jelaskan satu persatu. Perhimpunan dua ke tiga tahun
kebelakangan ini saja dah berapa yang PAS anjur mahupun sertai, semua ni
ada kutipantin milo, tapi berapa, entahlah.
Belum kita soal betul ke tidak jumlah yang diumumkan tu, firma audit mana yang mengesahkan dan sebagainya.
Jadi kita lihat, dalam isu sumbangan
politik yang diterima Najib bagi pihak UMNO ini, ia memberi kelebihan
yang banyak kepada Najib berbanding keburukan. Selain mendedahkan
petualang dalam UMNO, PAS sebagai parti lawan juga terjerat – kalau
boleh dikatakan begitu.
Sementara sumbangan politik yang
diterima Najib sudah disahkan tidak menyalahi undang-undang, bahkan
dalam pengetahuan pejabat Peguam Negara serta Bank Negara, sumbangan
yang PAS terima ini masih kabur dari segala segi. Kalau nak bagi
transparent, bagi transparent betul, jangan separuh-separuh.
Bukan semua orang bodoh macam orang PAS, kena ingat tu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment