Monday, October 19, 2015

Saifuddin Abdullah Masuk PKR, Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Berita tentang keputusan Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi ahli PKR tidak mengejutkan sesiapa, malah ramai yang merasa lega dengan tindakan beliau. Cepat atau lambat sahaja.Yang menariknya adalah latarbelakang yang mewarnai kemasukan beliau ke PKR.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8NZuxGNCmYhz2PcJfyHt4gbwtpc6a62uR9i6QCFA0MC7L5qBTxJKkqQWJQ5ocrLpTN8dxlAXZ91DjslNL1BFD7uhoVjNohb_hF1CS30f-GyuzLRF1iwEOt7jwmN2V5c3DDlvM9mji3pQ/s400/saifuddin2.jpg
Berhadapan dengan tindakan disiplin dari UMNO, tindakan menjadi ahli PKR adalah satu jalan selamat untuk mengelak dari terpaksa bersoal jawab dengan Lembaga Disiplin UMNO.

Umum mengetahui bahawa jiwa Datuk Saifuddin tidak pernah bersama UMNO. Beliau lebih selesa dan serasi dengan perjuangan “moderate” dan aspirasi puak-puak Liberal di Malaysia.

Melalui keterlibatannya dalam Global Movement Of Moderates, menjadi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (yang bersama Mujahid Yusuf Rawa telah memberi “input” kepada Kerajaan dengan merangka draf Rang Undang-undang Harmoni [untuk menggantikan Akta Hasutan] bersama seorang anggota Majlis Peguam Lim Chee Wee), dan pernah mengetuai Majlis Belia Malaysia, umum sudah dapat “membaca” arah tuju politiknya.

Kehadiran beliau di dalam mesyuarat meja bulat tajaan PKR untuk mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan Rakyat sebenarnya merupakan momen “perceraian” bekas wakil rakyat Temerloh ini dari UMNO. Tambahan pula, ramai yang mengatakan bahawa Datuk Saifuddin memang “orang Anwar” sejak dari dulu lagi.

Perjuangan kumpulan “moderates” dengan kumpulan “Liberal” memang tidak dapat dipisahkan. “Two sides of the same coin” bak kata pepatah Bahasa Inggeris.

Bagaikan sirih pulang ke gagang layaknya.

Kenyataan beliau tentang sebab musabab beliau tinggalkan UMNO hanyalah satu alasan kosmetik untuk memudahkan kemasukannya ke dalam PKR. Beliau tidak membawa apa-apa sumbangan atau impak yang bermakna ketika di dalam UMNO. Justeru itu kebersamaannya di dalam PKR nanti hanyalah sekadar perencah kepada perjuangan PKR yang tiada agenda lain kecuali berlegar di sekitar Anwar Ibrahim, keluarga Anwar Ibrahim dan perjuangan liberal Anwar ibrahim.

Itu sahajakah?

Pada pandangan saya, kemasukan Saifuddin Abdullah ke dalam PKR mempunyai serampang lain iaitu untuk “menyelesaikan” (atau mungkin memburukkan lagi) konflik dalaman dan perebutan kuasa yang sengit yang sedang melanda PKR. Umum mengetahui bahawa PKR kini sedang bergolak panas dengan pelbagai klik dan kumpulan yang masing-masing menyimpan agenda tersendiri terhadap jawatan Menteri Besar dan khazanah negeri Selangor. 

Senario ini belum mengambilkira jarum-jarum halus yang ditanam oleh DAP, sebagai satu parti pembangkang rasis yang juga bercita-cita tinggi terhadap negeri Selangor. Hubungan baik antara PAS dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bukanlah satu pemandangan yang menggembirakan DAP mahupun PKR. Justeru itu, DAP akan menjadi pihak yang paling dirugikan sekiranya hubungan baik PAS-Azmin di”upgrade” ke peringkat yang lebih menguntungkan bagi maslahat politik kedua-dua pihak.

Ada sebahagian penganalisis berpendapat bahawa kemasukan Saifuddin Abdullah sebenarnya bertujuan untuk menghalang “kerjasama” PAS dengan Menteri Besar, sama ada dengan menyekat pengaruh Azmin di dalam PKR ataupun (kalau berkesan strategi sebahagian klik di dalam PKR) untuk meletakkan Saifuddin Abdullah sebagai calon alternatif bagi jawatan Menteri Besar.

Apapun, pergolakan dalaman PKR tidak akan tamat atau selesai dengan kemasukan ahli baru ini.

Sekiranya ada yang bertanya : Kenapa Datuk Saifuddin tidak join PAN?

Jawapannya senang sahaja: PAN hanyalah parti yang “clueless” tentang apa yang hendak diperjuangkan, dibentuk dari sekumpulan individu yang kecewa dan putus asa tetapi ingin mengatasi parti PAS yang lebih berwibawa dan lebih maklum tentang permainan politik tanahair. PAN hnyalah parti yang punya jangka hayat yang pendek sahaja.

Jadi, Saifuddin Abdullah lebih sesuai bersama PKR.

Kalau beliau bersama DAP pun orait juga.

Senang untuk umat Islam dan para pengundi menolak PKR, DAP dan PAN masa PRU14 nanti!

Oleh Mohd Luttfi

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment