Monday, October 19, 2015

Standard Pembangkang Malaysia.. Bangkang Dari Longkang!

EDITOR MENULIS...
19 OKTOBER 2015
 
Artikel sebelum ini, saya berkongsi bagaimana “Politics of Hope” dijadikan modal utama dalam meraih undi dengan pendekatan janji-janji manis yang akhirnya “difatwakan” sebagai manifesto bukan janji oleh Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan).
dap tolak semua usul
Dengan “Politics Of Hope” disasarkan secara langsung kepada pengundi, kerajaan sedia ada pula diserang bertalu-talu dari semua aspek kehidupan, yang akhirnya membawa kepada kesimpulan terancang; semua salah kerajaan.

Kenyataan terbaru dari DAP seperti diatas menunjukkan betapa apa yang saya kongsikan bukanlah halusinasi semata, tetapi ia adalah suatu hakikat ke atas pembangkang di Malaysia.

Jujurnya, tidak keterlaluan jika ramai yang berpendapat bahawa pembangkang di Malaysia tidak menguntungkan rakyat, dek sikap “bangkang dari longkang”. Sebagai contoh, pemberian BR1M kepada rakyat tidak terlepas dari pelbagai tuduhan negatif walhal pemberian bantuan kewangan kepada rakyat yang dilakukan di negeri-negeri yang mereka tadbir pula digambarkan sebagai satu kebajikan.

Desakan untuk menolak semua usul adalah sangat jumud, terutamanya apabila melibatkan perkara-perkara yang menguntungkan rakyat serta perkara-perkara yang memelihara kedaulatan negara.

DAP perlu bersikap matang politik, dengan keakuran ke atas apa juga yang bakal berlaku di sidang parlimen nanti. Mereka boleh sahaja cuba merancang apa jua strategi politik, tetapi ianya harus mengikut sistem dan peruntukan kuasa yang sedia ada.

Setelah dilantik oleh rakyat melalui sistem pilihanraya yang telus, adalah menjadi satu keperluan kepada semua wakil rakyat untuk turut serta di dalam pembahasan usul, dan kemudian menentukan samada usul itu mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Dan dengan rakyat yang telah menentukan siapa ahli Parlimen, maka rakyat perlu didahulukan, sementara kepentingan-kepentingan terhadap negara perlu diberi keutamaan. Ia tidak boleh sekadar memberi keuntungan politik kepada mereka semata-mata.

Saya tidak pasti samada pembangkang akan mengikut sistem dan peraturan-peraturan di parlimen nanti, kerana mereka terkenal dengan sikap songsang mereka.

Jika usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ditolak untuk dibahaskan nanti, apakah DAP tidak merasa bersalah untuk menolak usul-usul lain yang bakal menguntungkan rakyat kelak?

Nurul Nuha sebelum ini telah mengakui secara tidak langsung bahawa BERSIH telah gagal menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak, dan apa yang sedang dirancang oleh pembangkang di Parlimen nanti hanyalah kesinambungan dari cita-cita utama mereka di samping menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s320/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment