Sunday, October 18, 2015

Pemimpin UMNO Sertai PKR di Johor... Ini Kata Khaled Nordin

Sejak Datuk Saifuddin Abdullah masuk PKR, bukan main seronok lagi geng pembangkang sehingga jadi suci murni habis mana-mana pemimpin UMNO yang sertai mereka.

Yang hairan bin ajaib adalah jika sebelum ini sebut nama pemimpin UMNO pun alegik semacam tetapi apabila umum saja pemimpin UMNO itu nak masuk pembangkang... bukan main julang lagi, macam tidak ada dosa.

Ini termasuklah di Johor yang digembar gemburkan ada pemimpin UMNO hendak masuk PKR.

Pemimpin bermakna mereka yang masih pegang jawatan dan aktif dalam parti, sudah tentu tak ambil kira mantan-mantan yang pernah aktif tapi kini dah 'pencen'.

Menurut bos UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa tiada pemimpin UMNO Johor dijangka meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan yakin tiada pemimpin yang melakukannya.

"Yang saya tahu, tidak ada...saya tidak ada terima apa-apa maklumat. Mungkin politik ini suka gembar-gemburkan sebegitu dan kadang-kadang tiada pun hal itu tetapi mereka (pembangkang) sengaja mahu dapatkan publisiti dan sebagainya," katanya.

Jumaat, PKR Johor mendedahkan beberapa lagi pemimpin dalam UMNO dijangka bakal menyertai parti itu dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada waktu bersesuaian.

Pengerusi PKR Johor Hassan Karim menerusi sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata parti itu sedang merisik beberapa tokoh pemimpin dalam UMNO untuk menyertai parti tersebut.

Menurut Mohamed Khaled beliau percaya pemimpin dan anggota UMNO negeri ini masih berpegang teguh kepada prinsip parti walaupun ada yang berasa kecewa ataupun marah.

"Kecewa, marah, tidak puas hati memang ada tetapi tidaklah sampai 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.

"Soalnya sekarang, kita perlu lihat kepada institusi dan bukannya orang kerana institusi mesti kekal...orang datang dan pergi atas macam-macam sebab seperti kecewa atau sebagainya," katanya.

Merujuk kepada tindakan bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR, Mohamed Khaled yang pernah menjawat Menteri Pengajian Tinggi berkata ia tidak merugikan UMNO.

Menurut Mohamed Khaled, beliau sangat mengenali keperibadian Saifuddin yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak hairan dengan tindakannya yang meninggalkan UMNO. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment