Sunday, October 18, 2015
Individu Rogol Murid Darjah Lima Hingga Bersalin Ditangkap.. Hukumlah Sekeras-kerasnya
Polis berjaya menahan lelaki yang dipercayai merogol budak berusia 11 tahun sehingga melahirkan anak di sini, Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata suspek ditahan di
rumah keluarganya di Kota Baharu, Kelantan, kira-kira pukul 6 pagi
Khamis lepas.
"Suspek kini direman mulai semalam hingga 22 Okt ini untuk membantu
siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang
media Sabtu.
Katanya polis mengambil masa lebih dua bulan untuk menahan suspek
berikutan dia kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi
mengelak daripada ditahan.
Hamzah berkata walaupun suspek menghilangkan diri selepas budak
perempuan itu melahirkan anak, polis tetap berusaha menjejakinya
sehingga berjaya menahannya.
Murid Tahun Lima itu melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik
swasta di pekan Bahau pada 5 Ogos lepas, tetapi bayi itu kemudian
meninggal dunia pada 12 Ogos lalu ketika mendapat rawatan di Hospital
Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kerana pelbagai komplikasi akibat
kelahiran pramatang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment