Sunday, October 18, 2015

Rusuhan Agama Di Aceh... Gereja Dibakar

Indonesia mengerahkan askarnya ke Aceh Khamis bagi mengawal keadaan susulan satu rusuhan agama yang menyebabkan sebuah gereja dibakar dan seorang penduduk terbunuh.

“Situasi di daerah Aceh Singkil kini tenang dan terkawal,” kata jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto.

“Kami mengadakan kawalan di daerah itu dengan bantuan askar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah askar yang dikerahkan ke daerah itu.

Agus juga menafikan laporan beribu-ribu penduduk melarikan diri dari Aceh Singkil selepas rusuhan berkenaan tercetus pada Selasa lalu.

Dalam kejadian itu lebih 500 perusuh membakar sebuah gereja sebelum bertempur dengan penduduk beragama Kristian.

Rusuhan itu tercetus susulan satu bantahan kumpulan Islam yang mendakwa banyak gereja dibina tanpa kebenaran di daerah itu.

Seramai 20 suspek ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai terbabit dalam rusuhan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak keganasan di wilayah itu dihentikan segera.

“Keganasan yang bermotifkan apa sahaja terutama agama dan kepercayaan hanya merosakkan perpaduan,” katanya di laman Twitter.

Aceh menguatkuasakan undang-undang syariah selepas diberi kuasa autonomi pada 2005 yang bertujuan menamatkan pemberontakan selama tiga dekad di wilayah itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment