Sunday, October 18, 2015

PKR Terlalu Terdesak Sangatlah Tu..... Kesiannya

AKHIRNYA PKR FAILKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT BEBERAPA HARI LAGI!!!

PKR kembali berlakon sebagai penentang rasuah dan penyelewengan apabila wakilnya dari Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian telah menfailkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.


Isu undi tidak percaya sekarang ini sebenarnya sudah diperkatakan semenjak dari 'kejayaan' besar PKR-DAP pada 2008 lagi apabila Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi memanggil sidang Dewan Rakyat untuk kumpulannya membuat undi tidak percaya. Malah kemudiannya telah mengisytiharkan 16 September 2008 sebagai tarikh penting peralihan pemerintahan negara daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun, usaha membuat undi tidak percaya tidak berjaya!


Nampaknya kali ini, PKR pula cuba meneruskan tugas Anwar Ibrahim dalam usaha mereka untuk menyelamatkan beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang terlibat dalam kontroversi Claire Rewcastle-Brown, Sarawak Report, WSJ dan pembocoran maklumat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang menguasai kerusi Parlimen secara majoriti berdasarkan transkrip WhatsApp perbualan antara Claire dan Justo.


Cubaan menggulingkan UMNO-BN menggunakan 'undi popular' telah tertolak sebelum ini memandangkan undi popular yang didabik dadakan oleh Pakatan, tidak dijelmakan dalam jumlah kerusi yang perlu dikuasai bagi mengambilalih pentadbiran negara.


Pada masa yang sama DAP yang sedang terdesak sekarang ini, sedang meningkatkan serangan dengan pelbagai cara bagi mengelakkan mereka terus diserang dan dibelasah. Banyak isu yang membabitkan DAP, termasuklah pemilihan parti yang masih lagi berstatus HARAM sehingga kini, selain Tony Pua sendiri gagal mengemukakan sebarang bukti dalam tuduhan demi tuduhannya kepada 1MDB kecuali bersandar kepada laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal, gagal dijawab dengan kemas oleh penguasa parti tersebut.

 

Tony Pua sehingga kini masih tidak dapat menjawab tentang pembabitannya dengan Claire Rewcastle-Brown, Ong Kay Tat dan Tong Koii Ong walaupun beberapa laporan polis telah dibuat tentang pembocoran maklumat, termasuklah minit-minit mesyuarat kepada pihak asing itu. Sebaliknya dia kekal mempertahankan integriti dan kredibiliti laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal meskipun Xavier Justo yang merupakan orang hubungan mereka telah membuat pengakuan secara bertulis bahawa data-data yang disiarkan oleh media-media sekongkol merupakan data-data yang telah dimanipulasi, dipinda dan diubah.

Terbaru, Tony Pua menggesa PDRM agar menghentikan siasatan dan menarik kembali waran tangkap ke atas Claire dengan alasan, Sarawak Report dan Wall Street Journal telah membuktikan yang data-data yang mereka siarakan tidak dipinda atau diubah.


PKR nampaknya telah mendahului DAP dan PAS untuk membuat undi tidak percaya menjelang perbicaraan rayuan Xavier Justo di Thailand yang telah menyerahkan 59 muka surat bukti penyelewengan data yang telah digunakan oleh pihak terbabit untuk memburuk-burukkan 1MDB.


Semalam, satu lagi laporan polis dibuat oleh NGO PROBN Sabah tentang pembocoran maklumat daripada minit mesyuarat PAC kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal. Dalam laporan polis yang dibuat oleh NGO tersebut, mempertikaikan tentang penyaluran dan pembocoran maklumat tersebut memandangkan wujudnya orang yang disyaki menganggotai PAC dan orang yang sama, mempunyai kaitan dengan Claire Rewcastle-Brown, pemilik Sarawak Report.


Persoalan sekarang, berapa ramaikah Ahli-Ahli Parlimen yang akan menyokong usul undi tidak percaya DAP memandangkan jumlah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan, tidak mencukupi untuk merealisasikan undi tidak percaya itu?


Bagaimanapun, difahamkan usul berkenaan sudah ada dalam kertas aturan mesyuarat pada Isnin lalu namun ia mungkin tidak terlalu mengujakan kerana ia diletakkan pada susunan ke-25 daripada keseluruhan 28 usul.


Keadaan itu memungkinkan usul berkenaan tidak sempat dikemukakan dalam sidang kali ini.


Ia mengingatkan kepada rang undang-undang persendirian cuba dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Usul berkenaan dimasukkan dalam aturan mesyuarat tetapi gagal dibentangkan sehingga sidang parlimen lalu berakhir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment