Sunday, October 18, 2015
Peliknya Bunyi Ni.... Zamani Slam Buat Laporan Polis Kes Kehilangan Diri Sendiri
MUAR : Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau
lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung
laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika
mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu
telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45
pagi semalam.
“Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam
3.45 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik
dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya
sendiri.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari
Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada
jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat
berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang
Zamani diculik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment