Wednesday, October 21, 2015
PM Akan Jawab Mengenai Derma RM2.6 Billion Di Sidang Dewan Rakyat
Ini tentu menarik dan pasti ditunggu-tunggu.Kita nanti akan boleh dengar
penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengenai
wang derma RM2.6 billion di Parlimen.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga urusan Parlimen,Datuk Seri
Azalina Othman Said kata penjelasan itu akan dibuat masa sesi sidang
Dewan Rakyat sekarang pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Beliau memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli
Parlimen DAP Bagan Lim Guan Eng dan DAP Segambut Lim Lip Eng.
Menurut Azalina selain soalan asal semua soalan-soalan yang berkaitan isu berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri.
Sebelum ini soal derma RM2.6 billion itu telah dijelaskan diperolehi dari individu dari Timor Tengah.
Malah SPRM sendiri kata sudah lihat surat menyurat mengenainya.Ia juga disahkan bukan wang 1MDB.
Namun beberapa pihak khususnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang terus mempersoalkannya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,Perdana Menteri dalam jawapan
bertulis kepada soalan Ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen
menjelaskan beliau tidak dapat mendedahkan jumlah bonus dan insentif
yang dibayar kepada eksekutif dan pengarah IMDB sejak 2009.
Katanya 1MDB didaftarkan bawah Akta Syarikat 1965 maka sebarang kontrak antara syarikat dan pekerja adalah sulit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment