Wednesday, October 21, 2015
Pandikar Tuntut Kit Siang Mohon Maaf Tuduhan Salah Guna Kuasa
KUALA LUMPUR : Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa menuntut anggota
Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat
ekoran kenyataannya menuduh beliau menyalah guna kuasa sebagai Yang
Dipertua Dewan Rakyat serta cuba mensabotaj siasatan mengenai syarikat
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Pandikar Amin, sekiranya Lim tidak membuat permohonan maaf dan
menarik balik kenyataannya itu, tindakan akan diambil terhadap beliau.
"Kalau Gelang Patah (Lim) tidak minta maaf tanpa syarat pada saya, tak
tarik balik (kenyataan), maka satu usul akan dibuat. Jadi minta
disampaikan kepada Gelang Patah, bila tiba masanya nanti, tarik balik,"
katanya.
Pandikar Amin mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampaikan
keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang
Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.
Pada Isnin, Lim ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin
(Amanah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai
prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika
ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata Yang Dipertua Dewan
Rakyat itu telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC,
sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan
Mesyuarat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment